Ria Ricis, YouTuber Muslimah Pertama Di Asia Tenggara Miliki 10 Juta Pengikut

Trending

Ria Ricis, YouTuber Muslimah Pertama Di Asia Tenggara Miliki 10 Juta Pengikut

Perwatakannya yang ceria dan bersahaja dalam setiap video yang dimuat naik ke dalam YouTube menjadikan dia popular di tapak web pengehosan video tersebut.

ria

Advertisement

Malah, dia menjadi YouTuber wanita muslimah pertama memiliki seramai 10 juta subscriber (pengikut).

Ria Ricis yang berasal dari Indonesia kini menyamai rakan senegara iaitu Youtuber Atta Halilintar yang sebelum ini diumumkan sebagai individu pertama di Asia Tenggara yang memiliki seramai 10 juta subscriber.

ria

Namanya mula meningkat di YouTube Indonesia semenjak tahun 2015 lalu. Gadis berusia 23 tahun yang juga merupakan adik kandung pendakwah bebas, Oki Setiana Dewi yang juga popular di kalangan peminat di Malaysia.

ria

Ria kerap memuat naik content video melawat ke rumah selebriti terkenal di Indonesia. Malah dia juga diberi peluang untuk berkunjung ke rumah Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo.

ria

Sama seperti Atta Halilintar yang bernazar untuk membina sebuah masjid setelah mencapai 10 juta subscribers, Ria Ricis sebelumnya telah berjanji untuk membawa beberapa orang subscribers bertuah untuk berangkat menunaikan umrah bersama-sama dengannya tidak lama lagi.

Sumber Berita: The Vocket

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...