Bermula 3 September ini, fasa percubaan RFID akan dijalankan oleh Touch’ n Go untuk beberapa tol di Kawasan Lembah Klang.
Apa itu RFID?

Sumber: Lowyat
RFID ialah satu sistem pembayaran tol baru yang akan menggantikan SmartTag yang telah digunakan di Malaysia sejak tahun 1999 lagi. Penjualan SmartTag akan dihentikan dengan serta merta.

Sumber: Lelong
Berbeza dengan Smart Tag, RFID tidak menggunakan peranti tetapi datang dalam bentuk pelekat atau tag dimana di dalam pelekat itu mengandungi cip frekuensi radio. Anda boleh menampal pelekat tersebut di cermin depan atau lampu depan kenderaan anda. Satu RFID hanya boleh didaftar dan di pasang khas untuk satu kenderaan sahaja serta tidak boleh dipindah milik.
Bagaimana RFID berfungsi?
Apabila kenderaan anda melalui lorong atau pondok tol, pengimbas khas akan akan mengimbas frekuensi radio di tag tersebut dan palang tol akan terbuka. Caj tol akan ditolak daripda akaun Touch n Go eWallet anda. Jadi anda perlu memastikan baki dalam eWallet anda sentiasa mencukupi.
Untuk fasa percubaan ini hanya terbuka kepada kenderaan persendirian kelas 1 sahaja dan tiada caj dikenakan untuk tag RFID.
Senarai Tol Lorong RFID:
Namun, anda masih boleh menggunakan SmartTag yang sedia ada sehingga Touch’ n Go mengumumkan tarikh akhir penggunaannya.
Sumber: Touch’ n GO PDF melalui Lowyat.net