Kedatangan pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad di Malaysia beberapa hari lalu telah meraih sambutan yang hebat apabila sebanyak 10,000 orang hadirkan diri di Dataran Merdeka untuk mendengar ceramahnya.
Tidak hanya disitu saja, malah Ustaz Somad turut memberi dakwah di beberapa negeri yang lain serta beberapa lokasi tertentu yang dihadiri oleh pelbagai status sosial.
Selesi berdakwah di Malaysia, pendakwah terbabit difahamkan sudah pulang ke tanah airnya iaitu Indonesia dengan menaiki jet peribadi.
Dapat dilihat dalam video tersebut, Ustaz Somad turut diiringi oleh orang-orang kenamaan serta rakan kenalan rapat dari Malaysia ketika hendak menaiki jet peribadi berkenaan.
Difahamkan, pendakwah itu menggunakan private jet syarikat Weststar itu jika ingin pergi dari satu tempat ke tempat yang lain ketika berada di Malaysia.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Somad kerana sudi berdakwah di Malaysia dan mendoakan individu terbabit sentiasa sihat sejahtera.