Usahawan wanita Orang Asli terkenal, Nur Rafidah Man atau lebih dikenali sebagai Fida Jungle Girl, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyumbang sebanyak RM100,000 serta menaja pelajar sekolah ke luar negara.
Menerusi perkongsian di TikTok, Fida, 27, dengan rendah hati memaklumkan bahawa sumbangan tersebut disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Krau, Temerloh, Pahang, sebagai tanda ingin berkongsi rezeki yang dikurniakan kepadanya.
Saya menaja murid-murid istimewa ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Selain itu, saya berikan smart TV kepada sekolah. Saya mungkin tak mampu nak menaja semua tapi ada.
Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada Jungle Girl. Rezeki bukan hanya untuk kita nikmati, tetapi untuk dikongsi. Semoga menjadi motivasi kepada semua.
Selain penajaan ke luar negara, Fida yang juga ibu kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun, turut menyumbang lebih 30 unit televisyen pintar bersaiz 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.
Tindakan murni itu mendapat pujian meluas daripada warganet, yang rata-ratanya kagum dengan kemurahan hati dan keikhlasan Fida dalam membantu pendidikan anak-anak di kawasan luar bandar.
Terdahulu, wanita daripada suku Jahut itu dikenali ramai melalui perniagaan produk herba, makanan dan penjagaan kulit yang berjaya menjana pendapatan lumayan.
Fida sebelum ini turut pernah mendedahkan bahawa beliau pernah bekerja sebagai pembantu kantin sekolah sebelum dikenali ramai menerusi konten mengenai adat resam Orang Asli dan kehidupan kampungnya di TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.