Pencapaian cemerlang pereka kandungan digital terkenal, Sofyank, di peringkat antarabangsa terus menjadi perhatian ramai.
Terbaharu, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank diberi peluang berharga untuk bekerjasama dengan bintang terkenal Hollywood, Tom Cruise, dalam sebuah penggambaran video berunsur kesan khas (VFX) yang berlangsung di Jepun.
Menerusi perkongsiannya di media sosial, Sofyank meluahkan rasa syukur setelah selamat tiba di Tokyo semalam bagi menjayakan projek tersebut.
Insya-Allah esok (hari ini) kalau tiada halangan, saya akan ‘shoot’ satu video VFX bersama dengan Tom Cruise. Buat masa sekarang, perasaan memang sangat ‘nervous’ (gementar) menunggu detik untuk shooting (penggambaran). Walaupun dah buat persiapan awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok.
Dikesempatan ini, kalau tak keberatan saya nak minta dengan semua doakan proses penggambaran berjalan lancar. Insya-Allah saya akan terus kemas kini perjalanan kami di sini. Nantikan tau,” katanya.
Keesokan harinya, Sofyank memaklumkan bahawa sesi penggambaran tersebut telah berjaya diselesaikan.
Alhamdulillah, ‘we did it’ (kita berjaya melakukannya).
Perkongsian itu telah mengundang reaksi positif dan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia yang rata-ratanya teruja dengan kejayaannya. Malah, ada yang berseloroh bahawa Tom Cruise adalah pihak yang sebenarnya bertuah dapat bertemu Sofyank.
Rezeki Tom ni dapat jumpe Pian (Sofyank),” tulis seorang pengguna.
Sebenarnya Tom tu pun teruja nak jumpa Sofyank. Berdebar dia tu,” kata seorang lagi netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.