Selepas dia disahkan bercerai Oktober lalu, pelakon, Fattah Amin menerima pelbagai tawaran dan ramai pengusaha produk mahu bekerjasama dengannya sebagai duta.
Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin bersyukur dengan setiap rezeki yang datang dan tidak pernah menganggap ada pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan atas kisah peribadi hidupnya demi melariskan jualan.
Saya mencari rezeki yang halal, jika mereka ambil saya bekerja saya akan buktikan dengan hasilnya.
Tiada istilah ‘menunggang’ isu peribadi.
Mereka beri saya tawaran kerja dan produk terjual. Itu yang lebih saya fokuskan. Saya ambil tanggungjawa atas setiap kerja diberikan. Rezeki semua sudah tertulis.
Walau bagaimanapun, menurut Mstar pelakon itu sedar ada pihak yang mula muak apabila tumpuan yang diberikan kepadanya agak berlebihan.
Baginya, sebagai seorang selebriti dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan dan terpulang kepada orang ramai untuk menilai dirinya.
Ini semua rezeki Allah dan sebagai umat Islam kita kena percaya perkara itu.
Saya pun tak minta setiap video yang dibuat naik FYP.
Saya hanya buat sehabis baik untuk setiap tawaran kerja.
Persepsi masing-masing untuk memberi pendapat dan saya tidak boleh kawal. Ada yang suka dan ada yang tidak. Semua orang ada hak untuk bercakap.