Rezeki Semakin Murah, Intan Liana Ditawarkan Jadi Model Muslimah

Hiburan

Rezeki Semakin Murah, Intan Liana Ditawarkan Jadi Model Muslimah

Disebalik segala kontroversi beliau bakal diceraikan, nampaknya rezeki madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh semakin murah apabila mendapat beberapa tawaran menjadi model muslimah.

Advertisement

Intan tidak pernah menyangka penderitaan yang ditanggung akan membuka pintu rezeki buat dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan peluang pekerjaan kepadanya.

Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah selepas apa yang berlaku. Saya tak sangka berita itu mendapat liputan yang luas. Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja.

Buat masa ini, saya hanya terima satu tawaran terlebih dahulu iaitu model untuk tudung. Selebihnya masih dalam perbincangan. Saya minta tolong kakak untuk uruskan perkara itu sebab ini kali pertama saya dapat tawaran tersebut. Saya tak tahu sangat mengenai bidang peragaan.

Menurut Intan, beliau mungkin akan meneruskan kariernya sebagai model muslimah selepas ini tetapi buat masa ini beliau mahu memberikan fokus kepada urusan perceraiannya bersama Ude.

Advertisement

Intan juga semakin rancak berniaga, beliau bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya sendiri dan turut menerima tawaran untuk menjadi duta produk.

Kami harap Intan terus tabah dan kuat atas apa yang berlaku. Setiap yang terjadi ada hikmahnya tersendiri dan tidak selamanya anda akan bersedih. Sekarang pun sudah terbukti bahawa pintu rezeki buat beliau menyara diri dan anak-anak terbuka luas. InshaAllah satu hari nanti Intan akan mengecapi kebahagiaan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

66 Comments

  1. Anonymous

    March 6, 2018 at 11:14 am

    Agak2 lar kan…. kalau Izreen tu tak kahwin ngan laki dia… dan laki dia tak der niat nak cerai kan dia….. agak2 jer larrrr…. dia dpt tak tawaran jadi model muslimah ni….. tertutup satu pintu….. maka 10 pintu lain akan terbuka…..

  2. unknown

    March 6, 2018 at 10:50 am

    yg penting niat cari rezeki kerana ALLAH bukan org lain.. u go girl!

  3. Anonymous

    March 6, 2018 at 10:45 am

    nak jd hipokrit kena tiru mcm siti nurhaliza…buat2 innocent walaupun rampas laki org

  4. Ass

    March 6, 2018 at 10:36 am

    In shaa Allah Intan byk bersabar…rezeki Allah itu sgt luas….apapun Intan mmg cantik…

  5. Muslimah Prihatin

    March 6, 2018 at 10:27 am

    Tahniah, Intan. Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki Intan dan anak-anak oleh Allah. In shaa Allah, kami akan support Intan dari belakang.
    #stayhumble
    #bestrong
    #takecare

Loading...