March 5th, 2018

Disebalik segala kontroversi beliau bakal diceraikan, nampaknya rezeki madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh semakin murah apabila mendapat beberapa tawaran menjadi model muslimah.

Intan tidak pernah menyangka penderitaan yang ditanggung akan membuka pintu rezeki buat dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan peluang pekerjaan kepadanya.

Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah selepas apa yang berlaku. Saya tak sangka berita itu mendapat liputan yang luas. Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja.

Buat masa ini, saya hanya terima satu tawaran terlebih dahulu iaitu model untuk tudung. Selebihnya masih dalam perbincangan. Saya minta tolong kakak untuk uruskan perkara itu sebab ini kali pertama saya dapat tawaran tersebut. Saya tak tahu sangat mengenai bidang peragaan.

Menurut Intan, beliau mungkin akan meneruskan kariernya sebagai model muslimah selepas ini tetapi buat masa ini beliau mahu memberikan fokus kepada urusan perceraiannya bersama Ude.

Intan juga semakin rancak berniaga, beliau bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya sendiri dan turut menerima tawaran untuk menjadi duta produk.

Kami harap Intan terus tabah dan kuat atas apa yang berlaku. Setiap yang terjadi ada hikmahnya tersendiri dan tidak selamanya anda akan bersedih. Sekarang pun sudah terbukti bahawa pintu rezeki buat beliau menyara diri dan anak-anak terbuka luas. InshaAllah satu hari nanti Intan akan mengecapi kebahagiaan.

Sumber Berita : mStar Online


66 responses to “Rezeki Semakin Murah, Intan Liana Ditawarkan Jadi Model Muslimah”

  1. Anonymous says:

    haha pasni si uda jobless laa sbb org xnak dah die join mane2 musical lagi kot sbb org da menyampah, so izreen ko sara laa laki ko tu

  2. kamisah kedai mamak says:

    doa orang2 teraniaya dimakbulkan Allah swt….
    hidup kita tak selalunya dekat atas…
    kalau dulu izreen pernah kata intan ni x keja…dia kawen sebab nak support ude…
    tak mustahil rezeki melimpah untuk intan selepas apa yang dia lalui…
    cuma tetap kan iman… amik job yang selaras dengan agama Islam…
    insyaAllah rezeki makin murah…. diri kita pun akan dihormati…
    semoga berjaya intan….

    • damai says:

      Aaamiin. Really respect Intan for tetap menjaga aib Ude. Cuma skg mrk blm rasmi cerai, Ude blm lafazkan, tengok lah samada Ude akan tersedar ker tdk. Kita netizen doakan yg baik2.

  3. antiperampas says:

    rase nak nanges baca ..alhamdulillah doa org yg teraniya akan sentiasa tiada hijabnye..go go intan..we alway support n love you..

  4. orchides says:

    kadang-kadang kita rasa bini kita tu kurang dari semua segi atas sebab dia tak bekerja..tak berhias cantik-cantik.. dok rumah hanya buat kerja rumah..bila dah jumpa yg lebih cntik, vouge,manja terlebih mcm izreen dan2 cakap itu yang aku mau sebenarnya. awal dapat memang semua indah. tapi percayalah bila dah lama akan terbit rasa menyesal sebab lepaskan yang pertama. perempuan bila dah sekali terluka dan dia boleh move on, dia akan bangkit dan lebih menonjol dari sebelumnya. hargai seseorang yang sanggup ada time susah kita. itu yang sebetulnya. moga intan akan berjaya tanpa ude. ingat anak2. ingat Allah.. setiap percaturan ada hikmahNya.
    #syukur dilepaskan dari gantung tak bertali

  5. Anonymous says:

    Aku rasa intan ni memang nak tarik perhatian (attention seeker),nak tumpang glamour….klu dia tak dedahkan perkahwinan ude ngan si izreen tu, perkara begini tak kan berlaku…sepatutnya dia brtemu dengan ude dan selesaikan masalah mereka bertiga, bukannya mengaibkan suaminye dengan mendedahkan hal mereka di media, berbincang dan selesaikan masalah secara tertutup…dan mungkin ude tidak akan memfailkan perceraian…ini pandangan aku la,jgn kutukaku pulak yer…

    • hoi says:

      sangap la ko ni… ko ni main terjah je kan.. dia tak penah kepoh pun.. dia tau pun dari wartawan bangang.. ko sedara mara ijren bohsia ke?

    • Anonymous says:

      punca semua ni jadi sebab wartawan utusan tiba2 terjah dia masa intan dgn kakak dia makan kat restauran.. wartawan terus online..kecoh2, tak minta izin dan privacy orang ditempat awam.. kalau wartawan tak masuk campur, maybe semua boleh jd terkawal..ude dgn izreen boleh slowtalk dgn intan…
      Kemudian, Ude tak pandai selesai masalah.ketua keluarga harus berani .. berani buat masalah mesti berani selesaikan juga. izreen pun sama..cuba lah support ude berbaik dgn intan. Depan press cakap tak tau semua benda..taknak masuk campur.. tapi dalam IG izreen slalu sindir intan. tindak tanduk harus seiring dgn kata kata izreen…

    • kakikucinghitam says:

      bodoh dr kecik ke?

    • wekkkkkkk says:

      Anonymous says:
      March 6, 2018 at 8:33 am..
      Apalh awak ni Anon..ikuti citer dri awal, si izreen tu kn artis, dia yg dedahkan pada awalnya dia telah bermadu dgn Ude.
      Rasanya Intan tidak aibkan somi, cuma dia kata bebaru ni pada Nov itu yg lepas sudah 3 buln x sebumbung, lepas tiga bulan tu Ude ceraikn Intan.
      Bab madu dn bercerai ni nk sorokkn ke..nnti kalau senyap org lelaki yg bernama somi tu akan pasang lagi satu tau..sbb media / netizen x tau.
      Jgn kasi chance pada lelaki yg gila bured.

    • nana says:

      dah agak dah.. dalam byk2 komen murni kat sini.. mesti ada terselit 1 komen bodoh mcmni.. tak jadi kat kau.. senang ckp.. ude tu tak balik rumah 3 bulan lepas kawen dgn izreen taw? nak bincang pejadahnya?

    • lop says:

      ko ni dah jadi bodoh agaknya ye.buat pengetahuan ko yang pemalas nak kaji. intan tak pernah keluar apa2 statment pun pasal uda n izreen dah kawin ka tak semua tu media yang dedahkan. dia cuma cakap dia reda saja. and sejak dr situ dia xcakap apapun. si izreen garit tu yang asyik dok canang sana sini lepas kes bocor bodoh. lepas tu dia tambah cerita bukan2 utk nak org salahkan intan tapi Allah tak tidur..ko tgk apa jadi skrg kat dia? ke ko sengaja komen mcmni sebba ko sebenarnya Izreen garit?

Loading...