Rezeki Pengantin Baru! Live Produk Fattah & Amira Raih Pembelian Hampir RM900,000

Hiburan

Rezeki Pengantin Baru! Live Produk Fattah & Amira Raih Pembelian Hampir RM900,000

Rezeki pengantin baru! Pasangan Fattah Amin dan Amira Othman bukan saja menjadi tumpuan selepas selamat bernikah, malah terus mencipta kejayaan apabila sesi siaran langsung mereka bersama produk Rissaskin mencatat jualan luar biasa.

Dalam live tersebut, pasangan ini berjaya mengutip hampir RM900,000 pendapatan dengan lebih 35,000 tempahan direkodkan. Apa yang lebih mengagumkan, siaran itu ditonton oleh lebih 800,000 penonton dari awal sehingga habis.

Advertisement

live produk fattah

Kejayaan itu dianggap rezeki berganda buat Fattah dan Amira yang baru sehari bergelar suami isteri. Netizen di ruangan komen memuji keserasian pasangan ini yang bukan saja romantis, tetapi juga profesional dan bijak mengambil peluang dalam dunia perniagaan.

live produk amira

Live tersebut sekali gus membuktikan daya tarikan pasangan ini bukan sekadar di layar kaca, tetapi juga dalam dunia perniagaan yang mampu memberi impak besar kepada jenama tempatan.

fattah bermanja dengan amira
2025-09-16 11:24:56

(VIDEO) Peminat Cair Lihat Fattah & Amira Tak Lepas Bermanja Dalam Live - "Sebelum Ni Mana Boleh Pegang Macam Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...