Rezeki Melimpah Ruah Selepas Dianiaya, Kini Shuhada Jadi Model Jenama Fesyen Muslimah

Hiburan

Rezeki Melimpah Ruah Selepas Dianiaya, Kini Shuhada Jadi Model Jenama Fesyen Muslimah

Biarpun kemelut rumah tangga sehingga ke hari ini masih belum selesai, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada sudah pun ditawarkan untuk menjadi model jenama fesyen muslimah.

Melalui perkongsiaan video yang dimuat naik oleh jurumekap di Instagram, dia berkongsikan wajah Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu sedang menjayakan sesi photoshoot bagi koleksi jenama terbabit.

Advertisement

Difahamkan juga, anak-anaknya iaitu Humairah dan Umar turut terlibat dalam sesi photoshoot jenama tersebut dan dipercayai ia merupakan koleksi hari raya untuk tahun ini.

Shu juga sempat berkongsikan momen-momen dirinya serta anak-anak mengayakan koleksi tersebut di Instagram Story.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen jurumekap tersebut, ramai netizen memuji kecantikan ibu berusia 29 tahun itu serta mendoakan agar dia kekal bersemangat untuk harungi segala dugaan dalam hidup.

Sekadar info, masalah rumah tangga pasangan Hafidz dan Shu mula menjadi bualan ramai setelah isteri pelakon tersebut mendedahkan Hafidz berlaku curang bersama wanita lain bernama Athira Yuhada.

2 years ago

"Memang Patut Kena Tumbuk, Mulut Bising Sangat!" - Netizen Makin Meluat Dengan Pendedahan Shuhada?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...