Bulan puasa adalah bulan di mana bazar Ramazan akan menerima ramai pengunjung yang mencari juadah untuk berbuka mereka. Pelbagai makanan dan minuman yang menarik akan dijual di sana termasuklah air balang yang betvariasi.
Keuntungan RM10,000 sehari
Dengan hanya berjualan air balang pelbagai perisa, seorang peniaga tempatan dikenali sebagai Kamarul Azizie Abdul Rahim telah berjaya mengaut keuntungan mencecah RM10,000 dalam sehari di bazar Ramadan.
Menurut Kamarul, menjual air balang adalah sumber pendapatan utama buatnya dan 12 orang pekerja. Katanya, pada bulan puasa, dianggarkan sebanyak 2,000 bungkus dan cawan air terjual setiap hari.
Kita ada pelbagai jenis air yang dijual dengan harga bermula RM5 sehingga RM8 dan Alhamdulillah, tahun sebelum ini, saya mampu meraih hasil jualan berbelas ribu sehari.
Masih menjaga kualiti air
Selain itu, dipetik dari Sinar Harian, Kamarul berkata selama 12 tahun dirinya berniaga di bazar Ramadan, ada juga spekulasi yang berkata peniaga air balang menggunakan air paip untuk mengurangkan kos. Namun, Kamarul bertegas mereka masih menjaga kualiti airnya untuk pelanggan.
Jika nak mudah, saya boleh saja guna air paip. Tapi saya nak cari rezeki yang berkat buat keluarga dan pekerja-pekerja saya.
Lagi pun kalau di rumah pun kita akan masak air terlebih dahulu. Kalau tengok air yang saya jual pun semuanya pekat warnanya dan orang akan berpuas hati serta tak rasa rugi untuk datang beli lagi.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada.