“Rezeki Dia Lebih Melimpah Di Sana..” – Ibu Reda Anak Lari Ke Australia, Tak Pernah Pujuk Sajat Balik Malaysia

Hiburan

“Rezeki Dia Lebih Melimpah Di Sana..” – Ibu Reda Anak Lari Ke Australia, Tak Pernah Pujuk Sajat Balik Malaysia

Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal yang kini menetap di Australia, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat memaklumkan bahawa dia tidak akan sesekali memujuk anak lelakinya itu untuk pulan ke Malaysia.

Ujar Maimon Omar,66, dia lebih reda dan rela Sajat kekal berada di luar negara kerana bimbang akan keselamatannya serta tindakan undang-undang yang bakal dikenakan sekiranya Sajat pulang ke negara ini.

Advertisement
Sajat ibuSumber : mStar Online 

Kata Maimon, dia melihat rezeki Sajat lebih melimpah ruah di Australia dan turut berasa bangga dengan kejayaan Sajat ketika ini.

Tak..memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia urus sendiri hal dia.

Ibu Sajat yang ditemui sebuah media berkata, sebagai ibu dia sentiasa mendoakan serta merestui kehidupan Sajat walau apapun yang terjadi.

Tambahnya, anak lelakinya itu sering berhubung dan meminta restu daripadanya sebagai seorang ibu.

Ibu SajatSumber : mStar Online 

 

Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik. Kita takan burukkan sesiapa, buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki.

Dalam pada itu, Maimon turut mengulas mengenai kecaman yang diterima dia dan keluarga namun lebih memilih untuk tidak terlalu memikirkan hal berkenaan.

“Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah..saya tahu apa yang dia buat..”  ujarnya.

Sajat yang kini menetap di Australia sejak Oktober tahun lalu membuat keputusan untuk meninggalkan tanah air setelah berasa tidak selamat untuk tinggal di Malaysia.

Dia juga turut meninggalkan kedua-dua orang anak angkatnya iaitu Syahmi dan Syaza di bawah jagaan ibu bapanya di Malaysia.

Sajat
2 years ago

"Harga Boleh Kurang" - Sajat Lelong Banglo RM9.5 juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...