Pelakon Raja Afiq seakan-akan tidak serik dikecam netizen gara-gara menggunakan video berbaur lucah untuk mempromosikan produk menegangkan aset wanita dalam Instagramnya.
Oleh kerana Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 27, tidak menjaga sensitiviti dan ini bukanlah kejadian yang pertama, dia dituduh sengkek oleh netizen.
Meskipun sedar dengan kecaman yang diterimanya, dia masih menerima tawaran tersebut dan memuat naik video sebegitu dalam Instagramnya.
View this post on Instagram
Apabila ditanya oleh pihak Kosmo Online jika dia berasa video promosi yang dimuat naik berbaur lucah dan keterlaluan, dia hanya berkata mahu menolong penjual tersebut mendapatkan jualan.
Saya hanya mahu menolong penjual tersebut mendapatkan jualan. Lagipun bukan saya yang berbogel. Saya hanya fikir, reviu sekadar kerja dan video.
Dalam pada itu, pelakon drama Neraka Kasih Maisarah itu berkata reviu video yang dimuat naik pada Jumaat lalu adalah reviu terakhir untuk produk berunsur lucah.
Semoga Raja Afiq ambil perkara ini sebagai pengajaran dan tidak mengulanginya lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Armadan Hamdan
October 12, 2021 at 10:08 pm
OF COURSE, NOT HIMSELF BUT OTHER PERSON. PLEASE SOUND KAK KM A.K.A LIANA ROSLI!
Anonymous
October 12, 2021 at 1:06 pm
Lepas tu hari2 ko tengok yg menari goyang2kan aset diorg tu kan.. untuk cuci mata kau tu.