November 18th, 2009

Sedih beb. Bukan sedih sebab apa, tapi sedih sebab masa nak gi tengok filem Pisau Cukur nie minggu lepas cuma ada satu tayangan jer. Padahal baru dalam seminggu jer kuar kat wayang. Tambah panas bila filem 2012 ada dekat 10 tayangan. Selang sejam plak tue. Apa kejadahnya nie? Nie bukan tahap double standard, nie namanya triple standard. Macam mana la filem Malaysia nak maju. Kesian kat produser-produser filem. Compem tak balik modal punyalah.

Berbalik kepada review filem Pisau Cukur nie, kalau anda adalah peminat Fazura dan Maya Karin kami memang syorkan anda gi tengok cerita nie. Terutamanya kalau peminat Fazura. Sebab dia berjaya melakonkan watak dia dalam filem tue tersangatlah gediknya. Memang mantap beb lakonan dia. Sampai kami terfikir yang dia nie dalam real life pun memang gedik macam tue. Tapi ada ke perempuan yang segedik Fazura dan Maya Karin macam dalam filem Pisau Cukur nie ek?

Cuma yang kureng sikit dari segi effect CGI dia. Nampak sangat kapal tue kapal buatan guna komputer. Mungkin tak ada kepakaran takpun kurang bajet. Jalan cerita boleh diterima. Just a simple romantic comedy. Kalau nak pergi berjiwang ngan awek tersayang sangat disarankan tengok movie nie. Oh sebelum terlupa kepada awek-awek di luar sana, Aaron Aziz ada berlakon dalam filem nie. Kalau minat kat dia leh gak gi tengok.

Kesimpulannya, kami bagi 5/10 bintang kepada filem Pisau Cukur. Lupa nak bagitau kalau anda ada penyakit anti ataupun trauma kepada perempuan-perempuan gedik, dilarang keras melihat filem nie. Kang ada yang termuntah dalam wayang kang. Tahniah kepada mereka-mereka yang terlibat dalam filem Pisau Cukur sebab berjaya buat filem komedi romantik ala-ala Hollywood.

P.S: Xpax Every Month Bonus XXL nie memang mengancam betullah. Untuk bulan November ngan Disember nie, kalau korang guna minimum RM50, leh dapat sampai 6% kredit balik. Terus dapat pulak tue. Tak payah nak tunggu 3 4 bulan. Yang paling penting dia automatik terus kreditkan ke handphone korang. Tak payah nak gi redeem ke apa ke. Puas hati kan? Maklumat lanjut kat website XPAX.


Comments are closed.

Loading...