April 21st, 2009

filem jangan tegur

Bukannya niat kami nak menjatuhkan filem Malaysia. Cuma kami agak kecewa apabila pulang menonton filem Jangan Tegur. Nasihat kami, jangan tengok filem ini jika anda sudah tengok filem Jangan Pandang Belakang. Lebih kurang sama sahaja kedua-dua filem nie.

Lakonan yang lemah, jalan cerita ntah apa-apa dan terkejut hanya kerana sound effect yang tiba-tiba. Kami tak suka langsung lakonan Julia Ziegler dan Pierre Andre. Macam pelakon darjah satu. Power lagi lakonan Almy Nadia yang sempoi dan bersahaja.

Setelah habis tengok filem Jangan Tegur, kami terfikir sesuatu. Kenapa hantu dalam filem ini yang ingin mintak tolong daripada Julia Ziegler nak menakut-nakutkan Julia Ziegler? Kalau nak mintak tolong buat lah cara nak mintak tolong. Janganlah datang dengan muka seram sangat dan terbang-terbang. Mintak tolong biarlah beradab walaupun anda seekor hantu.

Dari 10 bintang kami bagi 4 bintang ajerlah. Setakat nak pergi tengok dengan bini anda dan merasai kehangatan pelukan bini bolehlah.


Comments are closed.

Loading...