(REVIEW)Filem Sumpahan Kum Kum Memang Seram Seseramnya

Hiburan

(REVIEW)Filem Sumpahan Kum Kum Memang Seram Seseramnya

Abang Nara dah lama tak tengok cerita seram. Secara malu-malu kucing, Abang Nara nak mengaku yang diri ini agak pengecutlah jugak. Daripada skala 10, tahap kekecutan Abang Nara berada di tahap 7. Itu yang bila dijemput untuk menonton filem Sumpahan Kum Kum nie Abang Nara fikir dekat 1000 kali jugak nak pergi ke tak. Tengok poster pun dah meremang.

filem sumpahan kum kum

Advertisement

Tapi orang kata kalau dah dijemput kenalah datang kan? Maka Abang Nara pun pergilah menonton filem Sumpahan Kum Kum ini. Fuh ~~~ Seram dia memang superb punya beb. Banyak kali jugaklah Abang Nara melihat filem ini menerusi celahan jari. Yang penting, ramai jugaklah yang menjerit bila hantunya keluar. Agak bijak pengarah filem ini kerana hantu dikeluarkan time yang tak disangka-sangka.

sumpahan kum kum

Bagi Abang Nara, selain daripada seram, filem Sumpahan Kum Kum ini ada jalan cerita yang baik. Tak melalut dan ada kesinambungannya. Tak adalah hantu muncul tanpa sebab. Namun kekurangan filem ini mungkin masa babak-babak awal tue agak terlalu perlahan. Tapi bila dah sampai bahagian pertengahan, memang flow filem ini agak lancar.

sumpahan kum kum

Advertisement

Sedikit latar belakang filem Sumpahan Kum Kum untuk bacaan anda:-

Filem ‘Sumpahan Kum Kum’ ini mengambil cerita yang pernah mengemparkan masyarakat sekitar tahun ’90 dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Namun dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam tersebut lalu menghendaki dia membunuh wanita cantik yang masih dara.

sumpahan kum kum

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pengarah, pelakon-pelakon dan jurusolek filem Sumpahan Kum Kum ini kerana berjaya membuat satu filem seram yang memang seram. Ini antara filem seram terbaik yang Abang Nara pernah tengok selama ini. Good job. Abang Nara bagi rating 4/5 untuk filem ini. Bukan 5/5 sebab scene Wawa Zainal sikit sangat.

P.S: Di dalam filem ini, pelakon baru seperti Fezrul Khan, Shima Anuar dan Wawa Zainal menunjukkan yang bakat mereka tak boleh dipandang enteng. Lakonan dan arahan yang mantap membuatkan penonton di malam review memberikan tepukan gemuruh apabila tayangan tamat. Good job

P.P.S: Menangi sebuah Blackberry Playbook dengan menyertai kuiz Sumpahan Kum Kum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

41 Comments

  1. Pingback: (REVIEW)Filem Sumpahan Kum Kum Memang Seram Seseramnya | HatiBlogger [dot] Com

  2. Anonymous

    January 22, 2012 at 12:36 pm

    kalo pakai tudung tak bleh belakon ke??? ooo tatau plak aku yg pakai tudung tak bleh berlakon…murah siuttt….

  3. Akus

    January 21, 2012 at 2:15 pm

    aku msih ingt lgi pd thn 90 an..waktu tu aku msih dibangku skolh menengh di ting.1,ms tu aku sek sblh petg jdi wktu blik memng dh magrib..bile trurunbas je msing2 naik basikal lintang pukang sebb tkut kena tngkp dgn hantu berpurdah ni..mklumlh katanye dia nkkn anak dara yg masih sunti utuk dijadikn mngsa ilmu hitamnye supy ia brwjh cntik semula..ms tu semua org takut nk keluar rumh..didlm rumg pun ketakutan bile pintu diketuk oleh makluk tu..memng menakutkn & MENYERAMKN…

    • Anonymous

      January 21, 2012 at 4:03 pm

      haha…ha….seram????

    • liana

      January 23, 2012 at 10:40 pm

      hantu ni ke? msa tu tahun 1996..sy form 1..tp rekaan ke btol..hah…pnah dgr..tkt nk blik sekolah..sekolah pun sekolah ptg time tu.

    • seram

      January 25, 2012 at 12:18 pm

      nak keluar pergi sekolah pagi2 pn takut masa tu…walaupn dekat je dgn umah kna ada org yg hantar dan jemput balik sekolah…memang heboh la cerita pasal ni masa tahun 90an tu

  4. Saje2

    January 20, 2012 at 9:54 pm

    Sebenarnya klu x silap saya Lidyawati tu bukan pakai tudung sepenuhnya pun. Saya pernah nampak dia dgn seorang lelaki di sebuah cafe di Ampg Point, mula2 tgk mmg terkejut coz dia x pakai tudung. Bila saya pdg dia sekali lg, dia pun pdg saya mgkn dia perasan yg saya kenal dia.

  5. Encik Promoter

    January 20, 2012 at 5:59 pm

    Wahai En Nara,

    Promo baik nampak? Brp diorg bayor utk tolong promokan filem diorg ni?
    Aku teringat lagi dulu bila org ramai & media ckp KL Gangster superb, aku pun pegilah beli DVD original …. tak sampai setengah, aku dah takleh tahan tgk. Terus tutup dvd aku.

Loading...