(REVIEW)Filem Sumpahan Kum Kum Memang Seram Seseramnya

Hiburan

(REVIEW)Filem Sumpahan Kum Kum Memang Seram Seseramnya

Abang Nara dah lama tak tengok cerita seram. Secara malu-malu kucing, Abang Nara nak mengaku yang diri ini agak pengecutlah jugak. Daripada skala 10, tahap kekecutan Abang Nara berada di tahap 7. Itu yang bila dijemput untuk menonton filem Sumpahan Kum Kum nie Abang Nara fikir dekat 1000 kali jugak nak pergi ke tak. Tengok poster pun dah meremang.

filem sumpahan kum kum

Advertisement

Tapi orang kata kalau dah dijemput kenalah datang kan? Maka Abang Nara pun pergilah menonton filem Sumpahan Kum Kum ini. Fuh ~~~ Seram dia memang superb punya beb. Banyak kali jugaklah Abang Nara melihat filem ini menerusi celahan jari. Yang penting, ramai jugaklah yang menjerit bila hantunya keluar. Agak bijak pengarah filem ini kerana hantu dikeluarkan time yang tak disangka-sangka.

sumpahan kum kum

Bagi Abang Nara, selain daripada seram, filem Sumpahan Kum Kum ini ada jalan cerita yang baik. Tak melalut dan ada kesinambungannya. Tak adalah hantu muncul tanpa sebab. Namun kekurangan filem ini mungkin masa babak-babak awal tue agak terlalu perlahan. Tapi bila dah sampai bahagian pertengahan, memang flow filem ini agak lancar.

sumpahan kum kum

Sedikit latar belakang filem Sumpahan Kum Kum untuk bacaan anda:-

Filem ‘Sumpahan Kum Kum’ ini mengambil cerita yang pernah mengemparkan masyarakat sekitar tahun ’90 dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Namun dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam tersebut lalu menghendaki dia membunuh wanita cantik yang masih dara.

sumpahan kum kum

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pengarah, pelakon-pelakon dan jurusolek filem Sumpahan Kum Kum ini kerana berjaya membuat satu filem seram yang memang seram. Ini antara filem seram terbaik yang Abang Nara pernah tengok selama ini. Good job. Abang Nara bagi rating 4/5 untuk filem ini. Bukan 5/5 sebab scene Wawa Zainal sikit sangat.

P.S: Di dalam filem ini, pelakon baru seperti Fezrul Khan, Shima Anuar dan Wawa Zainal menunjukkan yang bakat mereka tak boleh dipandang enteng. Lakonan dan arahan yang mantap membuatkan penonton di malam review memberikan tepukan gemuruh apabila tayangan tamat. Good job

P.P.S: Menangi sebuah Blackberry Playbook dengan menyertai kuiz Sumpahan Kum Kum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

41 Comments

  1. Triple_j

    January 20, 2012 at 5:42 pm

    seram tengok lidyawati pun berlakon dlm tu…

  2. Qiqi

    January 20, 2012 at 5:28 pm

    betul ker best????hmmm tngok citer keramat ari tu mcm harammm jer citernya hahahaha..x seram & x paham citer tu…

  3. pak mail

    January 20, 2012 at 5:17 pm

    Korang kutuk abg nara..korg tgok la blog die…law x suke xyah ler tgok…emmm… belajar la brsyukur….

  4. missIDA

    January 20, 2012 at 5:03 pm

    hurmmmmmmmmmmmmmmmmm~

  5. cik anon

    January 20, 2012 at 4:52 pm

    bukak tudung. mmm… hilang respect.

    hopefully wilma nanti x mcm tu. dr yg bertudung labuh kepada ‘menutup aurat’ berbentuk tubuh.

Loading...