January 20th, 2012

Abang Nara dah lama tak tengok cerita seram. Secara malu-malu kucing, Abang Nara nak mengaku yang diri ini agak pengecutlah jugak. Daripada skala 10, tahap kekecutan Abang Nara berada di tahap 7. Itu yang bila dijemput untuk menonton filem Sumpahan Kum Kum nie Abang Nara fikir dekat 1000 kali jugak nak pergi ke tak. Tengok poster pun dah meremang.

filem sumpahan kum kum

Tapi orang kata kalau dah dijemput kenalah datang kan? Maka Abang Nara pun pergilah menonton filem Sumpahan Kum Kum ini. Fuh ~~~ Seram dia memang superb punya beb. Banyak kali jugaklah Abang Nara melihat filem ini menerusi celahan jari. Yang penting, ramai jugaklah yang menjerit bila hantunya keluar. Agak bijak pengarah filem ini kerana hantu dikeluarkan time yang tak disangka-sangka.

sumpahan kum kum

Bagi Abang Nara, selain daripada seram, filem Sumpahan Kum Kum ini ada jalan cerita yang baik. Tak melalut dan ada kesinambungannya. Tak adalah hantu muncul tanpa sebab. Namun kekurangan filem ini mungkin masa babak-babak awal tue agak terlalu perlahan. Tapi bila dah sampai bahagian pertengahan, memang flow filem ini agak lancar.

sumpahan kum kum

Sedikit latar belakang filem Sumpahan Kum Kum untuk bacaan anda:-

Filem ‘Sumpahan Kum Kum’ ini mengambil cerita yang pernah mengemparkan masyarakat sekitar tahun ’90 dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Namun dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam tersebut lalu menghendaki dia membunuh wanita cantik yang masih dara.

sumpahan kum kum

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pengarah, pelakon-pelakon dan jurusolek filem Sumpahan Kum Kum ini kerana berjaya membuat satu filem seram yang memang seram. Ini antara filem seram terbaik yang Abang Nara pernah tengok selama ini. Good job. Abang Nara bagi rating 4/5 untuk filem ini. Bukan 5/5 sebab scene Wawa Zainal sikit sangat.

P.S: Di dalam filem ini, pelakon baru seperti Fezrul Khan, Shima Anuar dan Wawa Zainal menunjukkan yang bakat mereka tak boleh dipandang enteng. Lakonan dan arahan yang mantap membuatkan penonton di malam review memberikan tepukan gemuruh apabila tayangan tamat. Good job

P.P.S: Menangi sebuah Blackberry Playbook dengan menyertai kuiz Sumpahan Kum Kum.


41 responses to “(REVIEW)Filem Sumpahan Kum Kum Memang Seram Seseramnya”

  1. vtec singh says:

    jgn nk ngta org bab2 tudung ni..diri sendiri kena perbaiki…siti nurhaliza pon sama…korang x bising pula…icon nombor 1 negara tu beb…puiii..haram ct bodoh.

  2. fahmimahat says:

    fokus pada review, citer mmg best . =)

    tapi bila fokus pada pelakon perse, memang akan nampak flaw sini situ.

    watak super antagonis lain ada, tapi mgkn tak brp available, dan tak hot dah. lydiawati masih cantik wlu da berumur. jadi, dlm casting mgkn dia dianggap lebih layak untuk bawa watak ahli sihir yang buat orang nampak cantik.

    tentang bertudung ikut kehendak skrip, dia bertudung semula di akhirnya, kan?

    cerita ni sedikit sebanyak menonjolkan transisi lydiawati dari negatif kepada positif, dalam dunia realiti. jadi kita janganlah terus hentam sesedap rasa.

    kalau lah lydiaawati masih mampu ditanggung oleh suaminya, dia takkan berlakon. masalahnya, suaminya dah pergi. dia still kena tanggung anak2 nya. kan?

    kita doakan mudah2an dia tak perlu lagi buka tudung pas ni, insyaAllah.

  3. OvertheTOP says:

    Nape laaaa makcik Lidayawati ni dah terbang pulak tudung nya…sebelum ni boleh je berlakon dgn tudung!! Aishhh!! pengarah bangang ni dah byk sgt ke pahala sampai sanggup nak tanggung dosa suruh org buka tudung utk berlakon filem dia??…Na’uzubillah..manusia zaman sekarang..sanggup buat apa saja demi wang!! Buat Makcik Lidyawati..sesungguhnya awak tu dah berumur..cuba ikut contoh Ibu angkat awak tu Seniwati Sarimah..apa2 drama pun dia berlakon..tak pernah dia sekali pun dia buka hijabnya…tetap ayu dan sopan. berubah laaaaa…

  4. student bandung says:

    cerita hantu lagi

Loading...