Petang tadi kami telah berjaya melayan filem terbaru dari Jackie Chan yang bertajuk Shinjuku Incident. Bagi peminat filem Jackie Chan yang dah terbiasa dengan aksi-aksi lawan dan lawak dari dia, sila jangan berharap anda boleh bergelak tawa dalam filem Shinjuku Incident ini.
Jackie Chan sangat-sangat serious dalam filem Shinjuku Incident yang ceritanya tentang pendatang asing China di Jepun. Dari tak ada apa-apa, Jackie Chan berjaya menyatu padukan pendatang-pendatang asing China ini untuk menguasai daerah Shinjuku.
Sepanjang lebih kurang 2 jam menonton filem ini, tak ada sekali pun perasaan boring yang timbul. Jalan cerita menarik, lakonan mantap dan aksi-aksi kejam pun banyak jugak.
Cuma kecewa dengan banyak sangat potongan telah dilakukan pada filem ini. Tengah syok-syok layan aksi-aksi potong tangan tetiba jer scene kena cut. Apa kejadahnya? Kalau dah letak 18pl buat apa nak potong lagi kan?
Dari 10 bintang, kami bagi 7 bintang kepada filem Shinjuku Incident ini. Pergilah layan, anda pasti tak akan kecewa.
P.S: Lepas tengok filem ini terfikir tentang pendatang-pendatang haram kat Malaysia ini. Bahaya jugak tiba-tiba diorang terfikir nak buat kongsi gelap dan ambik alih daerah-daerah kat Malaysia ini. Terfikir jugak tentang Cheras yang dah jadi macam bandar orang Negro.