May 11th, 2011

review filem nur kasih]

Kadang-kadang tak faham dengan sikap sesetengah orang kita yang kondem sesebuah filem sebelum menonton filem tersebut. Abang Nara jenis yang mudah. Kalau tak tengok tutup mulut. Kalau dah tengok dan cerita itu memang berbaloi, Secara ringkasnya, filem Nur Kasih melengkapkan dan menamatkan drama Nur Kasih yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Kekuatan filem Nur Kasih:-

Hasil sentuhan Khabir Bhatia sememangnya dikenali dengan sinematografi yang sangat awesome. Dan ternyata filem Nur Kasih tidak menghampakan. Cantik sangat-sangat setiap scene yang dirakamkan. Tambah hebat apabila lakonan kesemua pelakon yang terlibat sememangnya mantap-mantap belaka. Dan skor muzik yang dihasilkan oleh Hafiz Hamidun menambahkan lagi mood sedih di dalam filem ini. Jangan terperanjat dengan endingnya yang agak mengejutkan.

Kelemahan filem Nur Kasih:-

Scene yang terlalu pendek menyebabkan kadang-kadang mood sedih lari. Baru nak tangkap feeling air mata nak jatuh tup-tup scene tersebut sudah habis. Mungkin ini terjadi disebabkan kekangan pada duration tayangan filem ini.

Kesimpulannya, Abang Nara bagi 4 bintang daripada 5 untuk filem Nur Kasih. Walaupun anda tak tengok drama Nur Kasih, anda masih boleh menonton dan menghayati keindahan filem ini. Scene paling menarik bagi Abang Nara ialah konfrontasi Remy Ishak dengan seorang ustaz yang menampakkan dunia Islam sekarang. Pastikan korang bagi tumpuan kepada dialog-dialog di babak tersebut.

Tandakan tarikh 19 Mei 2011 di kalendar anda kerana demam Nur Kasih akan sekali lagi melanda Malaysia.


Comments are closed.

Loading...