Review Filem KL Gangster, KL Ini Abang Nara Yang Punya

Hiburan

Review Filem KL Gangster, KL Ini Abang Nara Yang Punya

review filem kl gangster

Memang langsi. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan apabila tamat menonton filem KL Gangster. Semalam Abang Nara sempat bermidnight movie dengan isteri cinta sebab nak support filem tempatan. Memang penuh panggung Cineleisure sampai Abang Nara dapat seat paling depan sekali. Hebat sungguh penangan cerita KL Gangster ini.

Advertisement

Apa-apa hal Abang Nara bagi rating filem ini 4 bintang daripada 5. Kalau anda pernah tonton filem Kongsi dan kecewa dengan tahap kegangsteran filem Kongsi, sememangnya filem KL Gangster adalah filem untuk anda. Darah, aksi tumbuk menumbuk, aksi tembak menembak, dialog yang mantap dan lakonan yang awesome daripada pelakon-pelakonnya sememangnya akan membuakkan nafsu gangster anda.

Mungkin satu perkara yang mengecewakan Abang Nara ialah lakonan Syamsul Yusof yang agak pelik. Sebabnya Abang Nara tak tahu Syamsul Yusof nie orang Cina atau orang Melayu dalam filem ini. Kadang-kadang skrip macam orang Melayu tapi nampak gaya macam orang Cina. Agak confuse tapi itu tak berapa penting sangat. Lakonan paling mantap sudah semestinya daripada Zizan Raja Lawak yang menyerikan filem ini dengan lawak-lawaknya. Good job Zizan.

Secara jujur Abang Nara nampak filem KL Gangster ini sememangnya boleh cecah kutipan RM10 juta. Kekuatan filem KL Gangster ialah pada keberanian Syamsul untuk mengarahkan filem pertama yang benar-benar menceritakan kehidupan gangster di Kuala Lumpur. Mutu lakonan pun mantap jugak. Jalan cerita pun boleh tahan dan tidaklah tergantung sangat macam filem Kongsi.

Kelemahan filem ini ialah semasa adegan berlawan aksinya nampak macam terlalu pantas. Mungkin ini disebabkan Abang Nara duduk seat paling depan sekali jadi titik fokus sudah lari. Kalau anda dah tonton filem ini dan berjaya duduk di seat belakang, sila bagitau Abang Nara sama ada masalah pengfokusan ini hanya berlaku untuk mereka-mereka yang duduk di hadapan sahaja. Selain daripada kelemahan ini, Abang Nara this is one of the best Malay movie yang Abang Nara pernah tengok.

Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem sebegini walaupun kini berdepan kemungkinan disaman oleh Pekida. Good job Syamsul.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...