Review Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Hiburan

Review Filem Hikayat Merong Mahawangsa

review filem merong mahawangsa

Wokei sudah tiba masanya untuk Abang Nara dengan hati yang jujur dan ikhlas membuat review filem Hikayat Merong Mahawangsa. Sebelum itu nak ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir pada Sabtu lepas untuk sama-sama enjoy tengok movie ini. Secara keseluruhan, untuk filem ini, Abang Nara bagi 3 daripada 5 bintang. Jom baca review.

Advertisement

Kenapa anda perlu tengok filem ini:

1. Filem terbaik Malaysia dari segi CGI
2. Dialog yang mantap terutama bahasa kiasan dia
3. Lakonan yang mantap terutama dari Khir Rahman sebagai Kamawas
4. Filem Malaysia yang lain daripada yang lain. Bukan tipikal.
5. Babak pergaduhan yang awesome. Darah berterabur sana sini
6. Stephen Rahman sangat handsome (menurut kata-kata tunang saya).
7. Lakonan Ummi Nazeera sangat awesome walaupun keluar sekejap je.
8. Boleh belajar sejarah kerajaan Kedah.
9.  Boleh buat anda menangis kalau anda seorang wanita yang over sensitif.
10. Skor muzik dia sangat best.
11. Obefiend pun kata filem ini best.

Kenapa anda TAK perlu tengok filem ini:

1. Kalau anda expect kualiti filem ini macam filem Gladiator.
2. Pertukaran babak ke babak yang dibuat macam nak tak nak.
3.  Watak Puteri China sangat tak pandai berlakon.
4. Pelakon extra yang terlalu keding dan terlalu buncit dan tak pandai berlakon langsung.
5. CGI time babak Merong guna cermin agak kelakar.

Kesimpulannya, korang kena tengok sebab selain daripada dapat menyokong filem buatan tempatan, penilaian terhadap filem ini hanya boleh dilakukan selepas anda menontonnya. Nak kata best sangat tak adalah sampai terlalu best, nak kata tak best sangat tak lah terlalu tak best. So kena pergi tengok baru tahu dan baru dapat faham apa yang Abang Nara cuba sampaikan. Sekian terima kasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...