Melihat kepada tajuk sahaja sudah boleh senyum apatah lagi pergi menonton sendiri ke panggung. Hantu Dalam Botol Kicap filem komedi seram taruhan terbaru MIG. Filem ke 55 terbitan MIG ini merupakan filem arahan Azhari Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Zack.
Elemen seram telah menjadi trademark kepada Zack namun HDBK diselitkan elemen komedi yang merupakan percubaan yang baru daripada Zack. Melihat pada respon pada tayangan bersama peminat MIG Online baru-baru ini ternyata komedi relax yang disajikan kepada penonton menjadi.
Rata-rata respon yang positif diberikan dan sambutan yang luar biasa kerana hall seat penuh sampai ke row hadapan. Gelak ketawa yang tidak henti-henti menjadikan suasana panggung tidak sunyi. Pelakon yang menjayakan filem ini merupakan pelakon di bawah pengurusan MIG Talent Unit iaitu Mon Ryanti (Rina), Mikhael Andre (Azri), Zalif Sidek (Epui), dan paling menjadikan filem ini sebuah filem komedi seram yang wajib di tonton adalah watak hantu Kopek yang dilakonkan oleh Angah Raja Lawak.
Sesuatu yang lain dari yang lain apabila hantu “sebesar†Angah masuk ke dalam botol kicap. Begitu juga dengan penampilan Wawa Zainal sebagai Putri dan juga watak budak kampung yang nakal lakonan Epy Raja Lawak sebagai Epy menjadikan komedi yang ada di dalam HDBK ini lebih santai untuk tontonan semua. Lakonan yang diberikan juga bersahaja dan tidak keterlaluan dan elemen komedi juga elemen yang bersahaja. Begitu juga dengan watak Maimon Mutalib sebagai Nek Temah yang garang tetapi mendokong watak yang sangat cool.
Menonton filem sememangnya untuk merelaxkan minda selepas penat bekerja, HDBK pilihan yang tepat kerana elemen seram yang tidak keterlaluan dengan elemen komedi yang akan membuatkan anda bergelak sakan sepanjang filem ini berjalan. Begitu juga dengan elemen kekeluargaan yang ditekankan di dalam filem ini. Secara tidak langsung MIG merapatkan hubungan anda dan keluarga ketika menonton filem ;)
Jadi tunggu apa lagi? Bawaklah kaum keluarga anda pada hujung minggu untuk santai bersama sambil menonton filem Hantu Dalam Botol Kicap. Percayalah yang anda akan terhibur dan tahap stress anda akan berkurangan selepas menonton filem ini.
neverwinter
February 13, 2012 at 11:39 am
alaaaa…biasenya dari filem-filem yang kelakar mcm ni la mulanya lawak jenaka yang orang ramai selalu guna. Tak gitu semuaa..
neverwinter
February 13, 2012 at 11:36 am
alaaaa…biasenya dari filem-filem yang kelakar mcm ni la mulanya lawak jenaka yang orang ramai selalu guna.
nmpk jauh,tp dekat
February 13, 2012 at 10:37 am
cite hantu kelakar,hantunye hampeh.kelaka pon hampeh..sikit tak kelaka..jln cerita hancur..tak logik!!! hbeskan duit je tengok..agak2 lah nk buat cite pon.. nk tgok malu lah..sape nye cite lah nih.. tk malu ke..
budak cute
February 13, 2012 at 7:56 am
menyesal saya tengok cite nie…x best langsung…hampeh….
@ina
February 12, 2012 at 11:56 pm
hantu kopek? patutlah aku nmpk yang selambak kat dada angah tu mcm kopek je.. dah xde maruah ke org wat filem ni. aku yg perempuan ni malu tgk kopek dipermainkan dan ditayang mcm tu je..