Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap

Hiburan

Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap

Melihat kepada tajuk sahaja sudah boleh senyum apatah lagi pergi menonton sendiri ke panggung. Hantu Dalam Botol Kicap filem komedi seram taruhan terbaru MIG. Filem ke 55 terbitan MIG ini merupakan filem arahan Azhari Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Zack.

review filem hantu dalam botol kicap

Advertisement

Elemen seram telah menjadi  trademark kepada Zack namun HDBK diselitkan elemen komedi yang merupakan percubaan yang baru daripada Zack. Melihat pada respon pada tayangan bersama peminat MIG Online baru-baru ini ternyata komedi relax yang disajikan kepada penonton menjadi.

review filem hantu dalam botol kicap

Rata-rata respon yang positif diberikan dan sambutan yang luar biasa kerana hall seat penuh sampai ke row hadapan. Gelak ketawa yang tidak henti-henti menjadikan suasana panggung tidak sunyi. Pelakon yang menjayakan filem ini merupakan pelakon di bawah pengurusan MIG Talent Unit iaitu Mon Ryanti (Rina), Mikhael Andre (Azri), Zalif Sidek (Epui), dan paling menjadikan filem ini sebuah filem komedi seram yang wajib di tonton adalah watak hantu Kopek yang dilakonkan oleh Angah Raja Lawak.

review filem hantu dalam botol kicap

Sesuatu yang lain dari yang lain apabila hantu “sebesar” Angah masuk ke dalam botol kicap. Begitu juga dengan penampilan Wawa Zainal sebagai Putri dan juga watak budak kampung yang nakal lakonan Epy Raja Lawak sebagai Epy menjadikan komedi yang ada di dalam HDBK ini lebih santai untuk tontonan semua. Lakonan yang diberikan juga bersahaja dan tidak keterlaluan dan elemen komedi juga elemen yang bersahaja. Begitu juga dengan watak Maimon Mutalib sebagai Nek Temah yang garang tetapi mendokong watak yang sangat cool.

review filem hantu dalam botol kicap

Menonton filem sememangnya untuk merelaxkan minda selepas penat bekerja, HDBK pilihan yang tepat kerana elemen seram yang tidak keterlaluan dengan elemen komedi yang akan membuatkan anda bergelak sakan sepanjang filem ini berjalan. Begitu juga dengan elemen kekeluargaan yang ditekankan di dalam filem ini. Secara tidak langsung MIG merapatkan hubungan anda dan keluarga ketika menonton filem ;)

review filem hantu dalam botol kicap

Jadi tunggu apa lagi? Bawaklah kaum keluarga anda pada hujung minggu untuk santai bersama sambil menonton filem Hantu Dalam Botol Kicap. Percayalah yang anda akan terhibur dan tahap stress anda akan berkurangan selepas menonton filem ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...