Isteri kepada pelawak Shuib, Watie mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran untuk berlakon daripada syarikat penerbitan Zeel Productions baru-baru ini.
Namun, permintaan itu terpaksa dilupakan kerana Shuib tidak membenarkan dia untuk muncul di layar TV sebagai pelakon.
Ada tawaran berlakon bersama Talita. Tetapi awal-awal lagi dah ditolak oleh suami. Mereka dah berikan skrip, tetapi saya terpaksa tolak.
Shuib kata kalau buat review atau iklan boleh, tetapi tidak untuk sebarang program televisyen.
Ujar Watie lagi, anak tirinya iaitu Talita juga pernah memasang impian untuk beraksi di hadapan kamera.
Meskipun pihak produksi bersetuju untuk mengikuti jadual Watie namun Shuib menasihatkannya agar tidak menerima kerana tahu akan beban masa serta tenaga di lokasi.
Talita memang nak sangat berlakon. Tetapi suami tak mahu biasakan anak dengan dunia lakonan.
Dia tahu bagaimana sibuknya menjadi seorang pelakon dengan jadual di lokasi. Walau produksi setuju ikut jadual Talita, ayahnya tetap berkata tidak.
Dalam pada itu, Watie memaklumkan bahawa dia ambil maklum mengenai komen sesetengah netizen yang tidak senang duduk melihatkan kebahagiaannya bersama Shuib dan anak-anak.
Jelas wanita itu, dia tidak kisah dan hanya memikirkan keluarga selain hanya ingin fokus kepada keharmonian rumah tangga yang dibina bersama pelawak itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.