‘Reverse Psychology’: Ubah Anak Lelaki ‘Lembut’, Kembali Kepada Fitrah Kejadian.

Trending

‘Reverse Psychology’: Ubah Anak Lelaki ‘Lembut’, Kembali Kepada Fitrah Kejadian.

Sewaktu bertugas sebagai guru kaunseling, ada pelajar yang mempunyai masalah konflik identit. Pelajar dibawa ke Kem Azhar di Morib dan beberapa kem untuk bina jati diri.

Advertisement

2. Buat program lasak

Pelajar-pelajar ini perlu melibatkan diri dalam melakukan aktiviti program lasak yang disediakan oleh guru, khas untuk mereka.

3. Boikot pelajar lelaki lembut

Berpakat dengan semua guru-guru untuk boikot pelajar dengan krisis identity ini, dan ‘kutuk’ pasal lelaki lembut. Secara tidak langsung, mereka akan ‘tension’ dan akhirnya dating ke bilik kaunseling. Di sini pendekatan main Tarik tali digunakan.

4. Hargai pelajar

Berikan pelajar ini tanggungjawab yang sesuai. Berikan mereka tugasan seorang pelajar lelaki dan aktiviti lasak.

5. Hadiri sesi kaunseling individu & kelompok

Sesi ini penting dalam beri kesedaran kepada pelajar akan tanggungjawab peribadi. Bantu mereka fahamkan fitrah kejadian sebagai lelaki. Pemikiran pelajar ini kena ‘twist’, dan ingatkan tentang keistimewaan lelaki.

6. Berikan kerja lelaki

Sikap ‘lembut’ pelajar perlu dikesan dari awal, guru kena peka dan cepat tangani. Jika Nampak mereka ini ‘lembut’ berikan kerja-kerja lelaki.

7. Luaskan pergaulan dengan lelaki tulen

Bapa di rumah perlu memainkan peranan, rapatkan diri dengan anak lelaki. Biar mereka tahu betapa seronoknya menjadi seorang lelaki tulen.

8. Mak jangan beri anak lelaki ini kerja perempuan

Kemas rumah, memasak, dan sebagainya, jangan sesekali mak minta anak ini buat kerja perempuan, walaupun dalam rumah Cuma ada satu-satunya nak lelaki yang boleh harap, lagi-lagi bila anak itu ada ciri-ciri lembut.

Berilah mereka kerja panjat memanjat yang melibatkan cara orang lelaki.

Hasilnya

Pelajar lelaki ‘lembut’ yang menerima 8 pendekatan ini, kembali menjadi lelaki sejati dan ramai yang sudah berjaya, Alhamdulillah.

Ada yang menjadi guru, kaunselor, peguam dan sebagainya.

Sumber : Mingguan Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...