REV Asia Berhad Tukar Nama Kepada Catcha Digital Berhad

Branded

REV Asia Berhad Tukar Nama Kepada Catcha Digital Berhad

Ahli Lembaga REV Asia Berhad telah secara rasmi mengumumkan pertukaran nama syarikat kepada Catcha Digital Berhad. Pertukaran ini menandakan permulaan dan arah baru untuk Catcha Digital Berhad dan merangkumi penyertaan aktif Catcha Group dalam operasi harian syarikat itu. Hal ini sejajar dengan matlamat Kumpulan untuk menjadi pemain utama di semua segmen perniagaan digital.

Catcha Digital Berhad bermatlamat untuk mempercepat pertumbuhan dengan memperluas operasi digital secara strategik dalam pelaburan digital dan tambah nilai penggabungan & pengambilalihan (M&A).

Tekad jadi yang terbaik

“Kami telah maklum bahawa perniagaan digital yang besar dapat dibina di Malaysia melalui pengalaman kami menjadi pengasas bersama iProperty, Frontier Digital Ventures (ASX: FDV) dan yang terkini, Carsome Group.

Pengalaman ini juga mengajar kami bahawa bekerjasama dengan usahawan hebat dapat mempercepatkan proses mengembangkan perniagaan kami. Oleh itu, kami membuat pelaburan yang tepat dan pemerolehan dengan pemimpin perniagaan digital yang hebat untuk mengembangkan Catcha Digital Berhad seterusnya menjadi entiti disegani,” kata Patrick Grove, Pengarah Catcha Digital Berhad.

Catcha Group logo

“Ruang media digital berkembang dengan pesat seperti yang dibuktikan dengan pertumbuhan 20% perbelanjaan iklan digital global pada tahun 2021, menurut eMarketer. Syarikat ini berada dalam kedudukan yang unik untuk menakluki gelombang ini.

Ekonomi digital di Asia Tenggara bernilai lebih dari US$ 100 bilion pada tahun 2020 dan masih berkembang secara pesat, menurut laporan e-Conomy Google. Ini adalah pasaran besar yang akan kami manfaatkan dan pengalaman yang tidak ternilai yang dibawa oleh Catcha membantu kami dalam membuat kemunculan semula,” kata Dato’ Larry Gan, Pengerusi Catcha Digital Berhad.

Lebih 15 juta jangkauan

Dato' Larry Gan, Pengerusi Catcha Digital Berhad

Cadangan pemerolehan iMedia Asia sementara menunggu persetujuan Bursa Malaysia oleh Catcha Digital Berhad adalah strategi asasnya. Untuk rekod, iMedia Asia adalah syarikat digital bersepadu yang semakin berkembang di Malaysia.

Kumpulan media ini menumpukan kepada kandungan, teknologi dan pemasaran pempengaruh media sosial (influencer) dengan jangkauan gabungan lebih daripada 15 juta rakyat Malaysia setiap bulan. Sejak 12 bulan terakhir, iMedia telah memantapkan kepemimpinannya di pasaran melalui pemerolehan enam syarikat: Oh! Media, Goody Technologies, Nara Media, Moretify, Ittify, dan terbaru, Favful.

Langkah yang membolehkan iMedia memperluas jangkauannya ke pelbagai cabang media digital, ruang iklan dan perdagangan. Konsortium ini mengukuhkan lagi visi Catcha Digital Berhad untuk menjadi platform teknologi terkemuka di Asia Tenggara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...