Resume Dah Jadi Tak “Releven” Lagi Jika Masih Letak 5 Maklumat Ini Di Tahun 2017

Trending

Resume Dah Jadi Tak “Releven” Lagi Jika Masih Letak 5 Maklumat Ini Di Tahun 2017

Pada asasnya, resume memang penting buat bakal majikan anda untuk menilai, mengenalpasti individu yang benar-benar layak untuk dipanggil ke sesi temuduga.

Advertisement

Dari sudut design pula, anda boleh sahaja membuat sendiri design resume anda, sama ada menggunakan photoshop, atau illustrator, ia akan memberikan kelainan buat resume anda.

Bagaimana pula dari sudut isi, atau maklumat di dalam resume tersebut. Adakah perlu diubah, dibuang, atau ditambah dengan yang baru? Laman Forbes telah kongsikan 5 kandungan yang perlu dibuang dari resume anda, untuk tahun 2017 ini.

Mari kita ikuti kupasan yang lebih lanjut..

5 Kandungan Yang Anda Perlu Keluarkan Untuk Memberi Ruang Kepada Pencapaian Anda

1. Maklumat Sewaktu Di Universiti

Jika anda bukanlah seorang graduan yang baru tamat belajar, atau fresh graduate, maklumat mengenai kejayaan anda, atau aktiviti anda sewaktu belajar dahulu harus dikurangkan atau diketepikan, mungkin boleh diletakkan di bahagian akhir resume anda.

Kelab atau persatuan yang diceburi, dan juga CGPA anda tidak diperlukan lagi di resume anda.

2. Bahasa

Walaupun anda fasih bahasa lain, kalau jawatan yang dipohon tidak memerlukan bahasa ketiga, sebaiknya anda perlu keluarkan dari resume anda, untuk menjimatkan ruang.

3. Internship Dan Anugerah Penghargaan

Ada ketikanya kerja yang dipinta, tiada kaitan sewaktu menjalani latihan amali dahulu, jadi sekiranya ia tidak memberi kelebihan atau berkaitan, lebih baik abaikan sahaja. Tetapi, jika perlu, jangan lupa masukkan ke dalam resume anda.

4. Rujukan

Tidak salah untuk letakkan nama mereka pada resume anda, tetapi lebih baik, dan meyakinkan, jika anda boleh dapatkan rujukan anda untuk memberi ulasan akan diri anda.

5. Tempoh Bekerja

Berapa lama anda bekerja di sesuatu tempat bukanlah menjadi kayu pengukur akan pengalaman yang anda miliki, ia lebih kepada andaian dalam perundingan gaji yang akan diberikan.

Bagi mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian, boleh sahaja jadikan perkongsian ini sebagai rujukan, anda boleh lebihkan pada bahagian universiti, juga sewaktu latihan amali, kerana tiada pengalaman kerja yang khusus lagi. Tetapi, buat mereka yang telah mempunyai pengalaman kerja yang banyak, boleh mula untuk kemas kini resume anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...