Aktor popular, Keith Foo, menegaskan keikhlasan menjadi kunci hubungan cintanya dengan pelakon, Riena Diana, yang juga rapat dengan anak tunggalnya, Skylar, 8 tahun.
Menurut Keith, kasih sayang Riena terhadap Skylar bukan dibuat-buat, malah jelas dari hati, seperti sabar melayan kerenah anak dan menyediakan hidangan kegemarannya walaupun sibuk.
Katanya,
Keserasian tidak boleh dipaksa, ia datang secara semula jadi. Saya dapat lihat Riena dan Sky semakin rapat kerana saya sering membawa mereka keluar makan bersama.
Riena pula mengakui pengalaman rumah tangga ibu bapanya yang berakhir dengan perpisahan mengajarnya untuk berhati-hati. Walaupun keluarga mula bertanya soal perkahwinan, mereka menasihatkan jangan terburu-buru. Malah, hubungan Riena dengan keluarga Keith juga mesra, menjadikan proses adaptasi lebih mudah.
Riena kini semakin selesa bergelar ibu figura kepada Skylar, dan tidak kisah dianggap “nombor dua” kerana anak Keith tetap keutamaan.
Terbaharu, pasangan ini digandingkan dalam drama Toksik Cinta terbitan TV3, memberi peluang menonjolkan sisi lakonan berbeza di layar kaca.