Restoran Terbuka Zon Larangan Merokok, Apa Pendapat Peniaga?

Trending

Restoran Terbuka Zon Larangan Merokok, Apa Pendapat Peniaga?

Semua restoran terbuka akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Pasti ini satu berita yang menggembirakan untuk ramai rakyat Malaysia terutama ibu bapa yang ada anak kecil kan?

Sumber: pinterest

Perkara ini akan mula dijalankan mulai bulan Disember tahun ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, pihaknya masih dalam peringkat perbinca­ngan de­ngan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.

Advertisement

Langkah ini merupakan inisia­tif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan mero­kok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

“Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia juga merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.”

Sumber: The Star

Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik me­rokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok. Cadangan ini akan dilaksanakan sekiranya tidak ada sebarang halangan.

Di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa di­ngin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

“Selain daripada Peraturan 11, di bawah Peraturan 22, Menteri Kesihatan juga boleh menentukan sesuatu kawasan sebagai kawasan larangan merokok.

Sehingga 2018, terdapat lima negeri yang mewartakan peraturan itu dan kementerian komited mewartakan semua tempat awam sebagai kawasan larangan me­rokok.”

Tetapi perkara ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada persatuan pemilik kedai kopi. Peraturan yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan itu dilihat memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada perokok, malah kepada persatuan pemilik kedai kopi yang mahu  ia dilaksanakan secara beransur-ansur, bukan secara drastik.

Sumber: Pxhere

Presiden Persatuan Pengusaha Kedai Kopi dan Teh Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Hang Chin Pheng merasakan yang cadangan itu disifatkan sebagai tergesa-gesa dan mungkin memberi kesan buruk serta perniagaan mereka mungkin mengalami kerugian ekoran kekurangan pelanggan.

Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) mahu cadangan itu dipertimbang semula dengan memberi pilihan lebih adil kepada pelanggan yang merokok. Timbalan Setiausahanya, Mohd Tareeq berkata, langkah kementerian itu ada kebaikannya, namun bagi pihak pengusaha perniagaan ini akan menjejaskan kedatangan pelanggan.

“Kawasan merokok perlu disediakan bagi premis makanan mahupun restoran. Kebiasaannya selepas makan, pelanggan akan merokok. Jika cadangan itu dikuatkuasakan, ramai pengusaha restoran mengalami kerugian.”

Mungkin pengusaha restoran wajar diberikan pilihan untuk menyediakan kawasan merokok kepada pelanggan. Adakah peraturan ini akan memberi kebaikan kepada sesetengah pihak tetapi merugikan pihak yang lain? Bagaimana pula pendapat anda?

Sumber: Utusan Online & Sinar Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...