Sebuah restoran yang menjual nasi lemak di Petaling Jaya kini sedang mencari pelanggannya kerana mahu memulangkan semula duitnya.
Difahamkan, pelanggan itu sepatutnya membayar RM26.60 untuk pesanan mereka pada hari tersebut namun tersilap ‘transfer’ menggunakan kod QR sebanyak RM2,660 pula.
Menerusi hantaran di Facebook, restoran itu telah berkongsi tangkap layar CCTV memaparkan pelanggan terbabit di kaunter sedang membayar bilnya.
Adakah ini anda? Anda telah tersilap QR kami RM2,660 untuk bil RM26.60 anda.
Restoran itu meminta agar pelanggan terbabit atau sesiapa yang mengenali mereka untuk menghubungi bagi tujuan memulangkan baki wangnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.