Restoran Nasi Kandar Pelita Berhenti Jual Rokok

Trending

Restoran Nasi Kandar Pelita Berhenti Jual Rokok

Menyambut baik usaha kerajaan yang menetapkan larangan meroko di premis kedai makan, pemilik Rangkaian restoran Nasi Kandar, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) telah membuat keputusan untuk memberhentikan penjualan rokok di semua premisnya di seluruh negara.

Advertisement

Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen, berkata perbincangan mengenainya dibuat bersama pengedar rokok dan kedua-dua pihak bersetuju untuk memberhentikan penjualannya di 28 restoran yang membabitkan penjualan sehingga RM300,000 sebulan.

Semua restoran Pelita kini bebas daripada rokok, selain kita berhenti menjualnya. Ia adalah keputusan yang mesra dan dibuat tanpa sebarang pampasan diperlukan. Tak ada gunanya jual rokok jika restoran diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dan pelanggan kami gembira dengan perkara ini.

Rokok bukanlah perniagaan utama mereka dan kini akan memberikan fokus untuk menawarkan perniagaan hidangan nasi kandar.

Satu inisiatif yang baik daripada pihak Nasi Kandar Pelita, harap ada penjual makanan lain yang melakukan perkara yang sama.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...