Restoran KFC Dengan Reka Bentuk Tahun 1950-an Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Kehidupan

Restoran KFC Dengan Reka Bentuk Tahun 1950-an Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC merupakan antara salah satu brand makanan segera yang paling lama dan sangat terkenal di Malaysia. KFC telah menjadi sangat terkenal kerana ayam gorengnya yang sedap dan disukai ramai. Slogannya ‘sedap hingga menjilat jari’ sering bermain dikepala kita sejak dulu lagi.

Baca: Lapar Buat Liputan Perkembangan Politik, Istana Negara Beri KFC Kepada Pengamal Media

Advertisement

Oleh kerana permintaannya yang tinggi, terdapat banyak restoran KFC baru yang akan dibuka di negara kita ini kerana percaya boleh mendapat sambutan yang tinggi. Untuk pengetahuan anda, sebuah restoran KFC baru dengan reka bentuk yang unik akan dibuka tidak lama lagi di kawasan Bukit Raja Klang.

Difahamkan, restoran ini sedang dibina ini diilhamkan oleh sebuah restoran makanan segera di Amerka pada tahun 1950-an.

Namun, tarikh rasmi pembukaan restoran ini masih belum diumumkan. Berikut merupakan beberapa gambar yang telah dikongsikan:

Berdasarkan gambar ‘design’ yang telah dikongsi, terdapat beberapa nilai seni yang telah ditampilkan. Seluruh bangunan akan diliputi dengan warna treadmark KFC iaitu warna putih dan merah. Selain itu, sebuah bucket ayam KFC besar yang terletak di atas bangunan tersebut jug akan dibina dan boleh dilihat dari jauh.

Ramai daripada kita pasti tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana ciri-ciri makanan segera pada tahun 50-an bukan? Jom ramai-ramai memeriahkan restoran baru ini nanti, pasti banyak gambar yang menarik dapat dihasilkan.

Restoran makanan segera tahun 1950-an

restoran makanan segera

restoran makanan segera

restoran makanan segera Restoran makanan segera pada tahun 1950-an akan membawa kita ke perspektif kehidupan yang lebih retro. Reka bentuk yang lebih menarik dan unik menghasilkan pemandangan yang menarik dan mengusik jiwa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...