Restoran Dalam Air Pertama di Norway

Trending

Restoran Dalam Air Pertama di Norway

Di Norway, Eropah terdapat sebuah restoran dalam air pertama telah di buka pada hari Rabu. Sejurus ia dibuka, 7,000 orang pelanggan telah menempah untuk menikmati makanan dan suasana di dalam laut dengan berlatar belakangkan pemandangan ikan dan hidupan laut yang sangat cantik dan menenangkan.

Advertisement

Dipetik dari Reuters, Restoran ini terletak di selatan Norway. Jika anda lihat rekaan bentuk bangunannya adalah seperti tiub konkrit besar yang sebahagiannya tengelam di bahagian laut utara. Rekaanya amat unik dan berbeza dengan bangunan dalam air yang lain pernah dilihat.

Rekaan bangunan ini telah direka oleh firma seni bina Norway Snoehetta yang juga telah membina Opera di Oslo dan National Memorial Museum pada 11 September di New York.

“Daya tarikan di dalam restaurant ini dari bawah menampakkan pergerakan dari atas air ke bawah apabila anda berada di dalam bangunan ini. Tingkap besar dalam restoran juga mendedahkan pemandangan di dalam laut yang membuatkan menikmati suasana di dalam laut bukannya di dalam sebuah aquarium.

Pertama kali anda ke restoran ini, ibarat berada di sauna kerana lapisan papan yang menutupi bangunan dan ia menghubungkan tangga untuk ke ruang makan besar yang boleh memuatkan lebih daripada 40 orang.


Apa kata anda lihat sendiri gambar-gambar restoran dalam air ini. Sungguh menadjubkan, Ia diibaratkan seperti menetap di dalam laut bersama ikan-ikan dan melihat warna air  kebiruan.


Di dunia ini, terdapat beberapa restoran dalam air di seluruh dunia. Ianya banyak ditemui di perairan tropika seperti Maladewa, lautan Hindi.

Bila Malaysia pulak nak ada restoran dalam air?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...