Restoran Bakso Di Jakarta ‘Laku Keras’ Kerana Tampil Pelayan Seksi

Trending

Restoran Bakso Di Jakarta ‘Laku Keras’ Kerana Tampil Pelayan Seksi

Sebuah restoran Bakso yang baru dibuka di Jakarta menjadi perbualan Netizen kerana pelayannya memakai pakaian seragam seksi. Seragam itu ialah baju berwarna jingga dan seluar jeans pendek.

Disebabkan itu, restoran yang terletak di Jalan Danau Sunter Utara dianggap berjaya dan dibanjiri pelanggan kerana ia viral di pelbagai media. Khabarnya Bakso yang dihidangkan juga sedap rasanya. Ia menjadi tarikan untuk pelanggan makan di restoran itu.

Advertisement


 photo 058761900_1461686358-jingkrak2.jpg
 photo 059914100_1461686383-jingkrak3.jpg
Tiga dari lima pelayan yang ada ialah pemilik restoran tersebut iaitu Yusi (40) Susan (40) dan Agnes (40). Mereka memberitahu baju oren yang dipakai itu digunting dari baju asal untuk menjadikan ia tampak seksi. Namun begitu, seragam itu hanya dipakai pada hari pembukaan saja, untuk hari seterusnya mereka memakai baju biasa. Kata Yusi:

Kami hanya ingin tampilkan sesuatu yang berbeza pada hari pembukaan. Kami bersetuju pakai baju warna oren yang digunting. Mungkin disebabkan lama dipakai, baju itu makin melorot menjadikan ia seksi sangat.

Restoran itu berkonsep francais dan makanannya dibekalkan dari ibu pejabat di Bandung. Salah seorang pelanggan yang datang ke sana melahirkan rasa kecewa kerana hanya ada dua orang pelayan yang melayan pelanggan sewaktu dia makan di restoran itu dan mereka hanya mengenakan pakaian biasa.
 photo 039492900_1461686437-jingkrak5.jpg
 photo 019898700_1461686409-jingkrak4.jpg
 photo 087800700_1461686330-jingkrak1.jpg

Rafi (38) yang datang dari Pluit, Jakarta Utara berkata:

Tahu dari media sosial, teman-teman juga banyak share di media sosial. Tetapi bila saya datang, situasinya berbeza dari dalam gambar yang viral. Hanya ada dua orang pelayan saja, sedangkan dalam gambar nampak ramai.

Kita pintar juga strategi pemasaran ini bukan? Namun begitu, ini bukanlah satu idea baru. Di kota-kota negara lain konsep ini sudah lama dipraktikkan malah seragam yang dipakai adalah lebih ‘berani’. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...