Sebelum ini timbul isu samaada boleh merakam atau tidak sewaktu menerima suntikan vaksin selepas ada yang mendakwa menerima vaksin kosong. Disebabkan itu bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan PICK, Khairy Jamaluddin telah membenarkan rakaman dilakukan bagi mengelakkan perkara sama berulang.
Tetapi, ketika waktu peralihan kerajaan ada pula pihak yang membuat peraturan sendiri dengan menghalang penerima vaksin untuk merakam dengan alasan tak masuk akal.
“Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam”
Kata-kata itu datangnya dari seorang pegawai di pusat PPV dan berjaya dirakam seorang penerima vaksin. Lelaki tersebut kongsikan video terbabit di Twitter dan menjelaskan rakaman itu hanya untuk tatapan keluarga dan telah mendapat kebenaran petugas yang menyuntik.
Bagaimanapun sebentar tadi, Perdana Menteri, Ismail Sabri telah mengumumkan senarai Menteri yang akan berkhidmat bersamanya. Antara yang paling menarik perhatian adalah apabila YB Khairy Jamaluddin diangkat sebagai Menteri Kesihatan. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kami, macam mana agaknya perasaan pegawai yang halang merakam tu agaknya? Haha!
“Assalamualaikum”
Perasaan pegawai tu pastinya semakin tidak tenang apabila Menteri Kesihatan, KJ turut membalas Tweet lelaki terbabit dengan ucapan bersahaja.
Assalamualaikum. https://t.co/O9Wk0ke01h
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) August 27, 2021
“Assalamualaikum”, sangat deep cara KJ membalas sebenarnya. Ia seakan memberi jawapan “I am back!” dengan gaya Terminator. Apapun, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana dengan arahan seperti inilah akan membuatkan rakyat keliru dengan SOP.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara