Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Respon Jasmin Hamid Selepas Peminat Samakan Rambut Dengan Kemaluannya

Siapa tidak kenal dengan aktres Jasmin Hamid yang cukup popular daripada tahun 90 an sehingga sekarang. Bila sebut sahaja nama belia pasti semua terbayang wajahnya serta bentuk badan beliau yang persis anak dara atau kata orang awet muda.

Advertisement

Namun, tidak semua orang yang memuji beliau dan masih ada segelintir pihak yang kononnya alim menegur beliau untuk mengenakan hijab.  Walaupun ingin memberikan nasihat untuk Jasmin Hamid, peminatnya yang memberikan komen di laman sosial Facebook miliknya telah menyamakan rambut aktres itu dengan kemaluan sendiri.

Tambah individu tersebut, berhijab itu adalah satu perkara yang wajib bagi wanita Islam dan tidak perlu memberikan alasan untuk diberikan hidayah untuk memakainya.

Berikut adalah respon Jasmin terhadap komen tersebut:-

Janganlah hanya kerana saya berdiam diri, anda boleh tulis apa sahaja di wall saya ataupun private massage saya tanpa memikirkan hati dan perasaan saya hanya kerana saya belum lagi berhijap?Adakah kerana anda yang sudah berhijap,dengan sewenang-wenangnya boleh berkata apa sahaja?

Advertisement

Adalah lebih baik anda mendoakan kebaikan tanpa beritahu kepada sesiapa. Kerana bersabarlah saya hanya berdiam diri dan saya hanya berserah kepada Allah dan Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang hina ini.

Tidak salah pun untuk menegur ataupun memberi nasihat kepada orang lain, tapi kalau dah samakan rambut dengan kemaluan itu agak melampau. Macam tiada pula persamaan lain yang lebih baik kan? Hurm..

Sumber Berita: Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top