Respon GSC Mengenai Isu Pasangan Digigit Serangga

Trending

Respon GSC Mengenai Isu Pasangan Digigit Serangga

Sebelum ini kami telah menulis mengenai status yang dimuat naik oleh Pei En pada 7 September lalu. Isu dia dan teman lelakinya digigit serangga ketika menonton wayang di Golden Screen Cinema (GSC) Mid Valley Mega Mall.

Advertisement

Dalam kejadian itu, pasangan tersebut telah digigit oleh serangga atau ‘bed bug’ ketika menonton wayang The Nun di Dewan 2 GSC Mid Valley. Disebabkan oleh itu terdapat bekas gigitan yang banyak dibadan mereka terutamanya tangan dan kesan tersebut menjadi bengkak.

Pada 8 September lali, GSC telah memberi respon mengenai isu ini dengan memuat naik status di halaman facebook rasmi mereka.

Tiada siapa yang suka digigit serangga!

Pelanggan yang dihargai,

Semalam (7 September), kami menerima laporan mengenai insiden di GSC Mid Valley Megamall mengenai pasangan yang digigit oleh bed bug ketika menonton wayang di pawagam kami. Pengalaman mereka telah dikongsi di media sosial dan kami ingin membuat penjelasan mengenai laporan mereka.

Sejak laporan itu, kami telah menghubungi pasangan, Pei En dan Damien, serta menawarkan untuk membayar balik kos perubatan mereka. Langkah-langkah pemulihan dan pembersihan segera dibuat melibatkan perkhidmatan kawalan serangga untuk membersihkan semua tempat duduk di dalam dewan. Rawatan khas dijalankan di dewan yang terjejas malam tadi, dan pemeriksaan khas akan dilakukan di seluruh dewan. Kami juga akan terus memantau keadaan pawagam dengan teliti.

GSCinemas mengharigai serta mengambil berat kebersihan. Semua dewan menjalani proses semburan serangga perosak setiap bulan. Kami mengambil serius perkara ini, dan akan terus melakukan pemeriksaan dan rawatan dengan rakan kongsi perkhidmatan kawalan perosak kami untuk memastikan bahawa kami mempunyai kawasan yang bebas dari pepijat.

Kami memohon maaf kepada Pei En dan Damien untuk pengalaman buruk mereka sambil menonton filem di pawagam kami. Kami selalu mengutamakan untuk memberi pengalaman menonton wayang yang positif dan selesa, dan anda, pelanggan kami, adalah sebab untuk kami terus memperbaiki diri.

Pasukan GSCinemas.

Dengan respon dan tidakan positif daripada pihak GSC Cinemas diharap kes-kes seperti tidak akan berlaku lagi selepas ini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...