Resort Bonda Rozita Dapat Rating Hanya 4.5, Aliff Syukri Respon – “Sebelum Bercuti Buat Dulu Survey, Layak Atau Tidak”

Trending

Resort Bonda Rozita Dapat Rating Hanya 4.5, Aliff Syukri Respon – “Sebelum Bercuti Buat Dulu Survey, Layak Atau Tidak”

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi pengalaman ketika bercuti ke Rumah Hutan Bonda Rozita dan review tersebut meraih perhatian apabila dia hanya memberikan rating sebanyak 4.5 bintang sahaja.

Selain berkata pengalamannya sama seperti tinggal di hostel kerana makan malam diberikan dalam bungkusan, wanita itu juga berkata kualiti makanan di resort tersebut perlu diperbaiki.

Advertisement

rating rendah rumah hutan bonda rozita
2025-07-17 17:02:27

Wanita Kongsi Pengalaman Tak Best Bercuti Di Rumah Hutan Bonda Rozita, Hanya Beri Rating 4.5 - "Harap Bonda Perbaiki..."

Terbaru, anak Bonda Rozita iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tampil mengulas tentang isu berkenaan dan mempersoal kenyataan wanita itu yang mengatakan salah satu bilik dimasuki tebuan.

Apabila buat resort atau chalet yang berkonsepkan alam semula jadi kerana faham satu perkara. Jika ada nyamuk, tebuan, cicak atau sebagainya, pemilik resort tidak boleh nak halang perkara itu.

rumah hutan bonda rozita 4.5

Saya nasihatkan sebelum pergi bercuti, buatlah dulu survey tempat yang ingin bercuti itu bagaimana. Layak atau tidak bercuti di situ.

Aliff turut mengulas tentang isu bahawa harga dikenakan resort ibunya itu terlalu mahal dan berkata seseorang itu perlu menginap di lokasi mengikut kemampuan masing-masing.

Bonda Rozita

Bagaimanapun, Aliff yang juga mempunyai bisnes serupa seperti ibunya berkata memang tidak mudah untuk memuaskan selera semua orang.

Kalau awak rasa penginapan itu mahal, perlu faham yang pemilik nak menyiapan resort juga tidak murah, lagi-lagi beli tanah yang ada sungai.

Dalam pada itu, Aliff juga berkata dia tidak marah dengan wanita berkenaan sebaliknya berpendapat ulasan negatifnya tentang resort itu boleh mengganggu jualan.

@papalarisofficialsaya hanya sekadar beri pendapat sahaja saya harap anda jangan marah ya awakk♬ bunyi asal – Aliff Syukri Kamarzaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...