“Resit 2-3 Minggu Dah Kabur..”- Musim e-Filing Kembali, Netizen Beri Cadangan LHDN Buat Aplikasi Khas Simpan Maklumat

Kehidupan

“Resit 2-3 Minggu Dah Kabur..”- Musim e-Filing Kembali, Netizen Beri Cadangan LHDN Buat Aplikasi Khas Simpan Maklumat

Saban tahun pastinya tiba masa untuk rakyat yang membayar cukai untuk mengemukakan borang nyata tahun saraan dan tahun taksiran bagi menuntut pelepasan cukai masing-masing.

Bermula 1 Mac lalu, pembayar cukai kini boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP.

Advertisement
Pelepasan cukai 2021Sumber : LHDN  

Dan pastinya anda-anda yang berkelayakan untuk menuntut pelepasan cukai sudah boleh mula ‘mencari’ dan ‘mengorek’ mahupun menggeledah laci-laci yang ada bagi mencari resit serta bil yang ada.

Sekadar info, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ada memaklumkan bahawa dokumen berkaitan seperti resit misalnya perlu disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun.

Berikutan itu, ramai sebenarnya tampil memberi pandangan dan juga pendapat mengenai cara yang lebih efisien bagi urusan pelepasan cukai ini kepada rakyat.

Seperti satu perkongsian di Facebook ini, Mohd Nazeli mencadangkan agar LHDN memperkenalkan kad bayaran elektronik ataupun aplikasi seperti contoh MySejahtera buat para pembayar cukai.

Sebarang pembelian bagi barangan dan perkhidmatan yang mendapat pelepasan cukai terus dapat dikumpul secara online dan dimasukkan secara automatik ke dalam borang e-filing untuk rebat cukai.

Cadangan itu menurut Nazeli bukan sahaja memudahkan pembayar cukai untuk tidak lagi menyimpan resit dan bil secara fizikal, malah dapat mengelakkan isu lain seperti resit kabur kerana disimpan dalam tempoh yang lama.

Dengan ini tak perlu kita simpan sampai empat, lima tahun resit-resit ini dan tak pening kepala jika sampai surat LHDN misalnya nak minta kemukakan resit-resit tahun 2020,2019 dan 2018.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan cadangan tersebut yang rata-rata berpendapat bahawa ianya memberi manfaat dan memudahkan para pembayar cukai.

Komen FacebookSumber : Facebook  

Kata mereka lagi, LHDN perlu celik IT kerana keperluan menyimpan resit selama bertahun-tahun sudah lagi tidak bersesuaian di zaman teknologi yang bergerak pantas dan segalanya berada di hujung jari kini.

Kualiti kereta proton
3 years ago

Didakwa Pakai 'Spare Part' Murah Dan 'Low Class', Pengguna 'Menyesal' Beli Kereta Jenama Tempatan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...