(Resipi) Rendang Daging Tradisional

Makanan

(Resipi) Rendang Daging Tradisional

Tiga hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun pada tahun ini kita akan menyambutnya dalam keadaan bersederhana, namun juadah wajib di pagi raya tetap ingin disiapkan buat hidangan seisi keluarga.

Salah satu hidangan utama yang mesti ada pastinya rendang daging. Rendang daging enak dimakan tak kiralah sama ada dengan pulut, nasi, ketupat, lemang atau roti sekalipun. Pasti memikat selera.

Advertisement

Bagi yang tidak dapat pulang ke kampung beraya dan ini kali pertama menyediakannya, jangan bimbang. Kami kongsikan resipi mudah dan pasti sedap rendang daging tradisional ini.

Menyediakan rendang daging tidaklah seremeh yang difikirkan. 

Bahan-bahan diperlukan.

  • 2-3kg daging lembu (bahagian batang pinang)
  • 285g bawang merah (dikupas)
  • 130g bawang kecil (dikupas)
  • 25g bawang putih (dikupas)
  • 12g kunyit hidup
  • 40g halia tua
  • 33g lengkuas
  • 5g daun limau purut (dicarik sedikit)
  • 20g serai
  • 115g gula Melaka
  • 105g cili boh
  • 12g serai (ditumbuk kasar)
  • 16g daun kunyit
  • 1kg santan
  • 90g kerisik
  • 2 sudu besar garam

Cara-cara membuatnya.

  1. Potong daging lembu menjadi kiub besar kira-kira 3cm x 3cm.
  2. Kisarkan bawang merah, bawang kecil, bawang putih, akar kunyit, halia, lengkuas dan serai hingga halus.
  3. Cincang halus daun kunyit.
  4. Panaskan kuali dengan api besar. Masukkan daging lembu, bahan yang telah dikisar, cili boh, 500gm santan, garam, daun limau purut, serai dan gula Melaka.
  5. Kacau hingga rata.
  6. Biarkan campuran mendidih. Kemudian kecilkan api dan renehkan. Teruskan kacauan semasa mereneh.
  7. Tambah baki santan dan kacau hingga kering. Kemudian masukkan setengah bahan daun kunyit dan kerisik.
  8. Terus kacau hingga jadi betul-betul kering. Keseluruhan masa diambil lebih kurang 3-4jam.

Hidangkan rendang daging bersama hiasan baki daun kunyit tadi.

Tips : Jika anda bercadang untuk menyimpan rendang tersebut untuk hari lain, biarkan ia sejuk sepenuhnya (tanpa ditudung) semalaman sebelum menyimpannya di dalam bekas kedap udara. Rendang boleh disimpan untuk masa yang agak lama, jadi jika anda ingin memakannya lebih lama lagi, simpan di dalam peti sejuk.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...