Resipi Nasi Ayam KFC Dari Jepun Ini Pasti Bikin Anda Terliur!

Trending

Resipi Nasi Ayam KFC Dari Jepun Ini Pasti Bikin Anda Terliur!

Hidangan nasi ayam memang antara yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia tak kira kaum. Bukan Malaysia saja tetapi Singapura juga ada hidangan nasi ayam mereka yang tersendiri. Jadi, memang ada pelbagai versi nasi ayam mengikut citarasa masing-masing.

Tapi ini lain daripada yang lain sebab versi yang ini menggabungkan nasi ayam dan KFC!

Advertisement

Resepinya mudah saja. Anda hanya perlukan beras, kicap (soy sauce), stok ayam dan semestinya ayam goreng original KFC. Resepi mudah ini juga sedang viral di Jepun dan dinamakan “devil cooked rice”.

1. Basuh beras dan rendamkan di dalam air bersama kicap dan stok ayam. Selepas itu, masukkan ayam original KFC. Tutup penutup dan biarkan nasi masak seperti biasa.

chicken rice kfc

2. Selepas nasi masak, buka penutup dan nikmati bau harum nasi dan ayam KFC yang sudah sebati. Telan air liur dulu..

3. Carik isi ayam dan asingkan daripada tulang. Selepas itu, gaulkan bersama nasi. Boleh tambahkan garam dan lada mengikut selera.

Dah siap!

Memang senang sangat resepi ni dan tak perlukan banyak bahan pun. Walaupun tak ada anggaran yang betul untuk bahan yang digunakan, senang cerita resepi ini kena pandai agak-agak saja lah.

Dan nampaknya ramai juga yang dah mencuba resepi yang tengah viral di Jepun ni. Kalau nak tengok sendiri, boleh tonton video di bawah ini.

Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...