(Resipi) Masak Lodeh Warisan Johor

Makanan

(Resipi) Masak Lodeh Warisan Johor

Satu lagi hidangan wajib yang perlu ada setiap kali Hari Raya, terutamanya bagi masyarakat di Johor ialah masak lodeh. Lodeh merupakan makanan yang berasal dari Jawa. Migrasi keturunan Jawa ke Tanah Melayu, terutamanya di Johor membawa hidangan lazat ini dan telah menjadikannya satu hidangan ikonik di Malaysia.

Lodeh merupakan sejenis makanan berasaskan sayuran, terdiri daripada tempe, kacang panjang, kobis, lobak, suhun, fucuk dan tauhu. Lodeh biasanya dimakan bersama ketupat atau nasi impit. Kena pula dengan sambal kacangnya memang tak cukup semangkuk.

Advertisement

Cara membuatnya juga tidaklah susah dan ia menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapatkan.

Bahan-bahan diperlukan.

Bahan A

  • 2 batang lobak
  • 1 ikat kacang panjang
  • Kobis (dicincang kecil)
  • 4 keping tauhu basah
  • Fucuk
  • Suhun
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 kotak santan
  • Minyak 
  • Garam secukupnya
Bahan B (bahan kisar)
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • Segenggam udang kering (direndam)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan B sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan serai dan tumis sampai naik minyak.
3. Masukkan lobak, kacang panjang dan kobis. Kacau dan biarkan seketika.
4. Masukkan air mengikut anggaran sayuran. 
5. Setelah sayuran lembut, masukkan tauhu, fucuk, suhun dan santan. Kacau selalu bagi mengelak santan daripada berketul.
6. Tambah sedikit garam.
7. Boleh tambah air atau santan mengikut kepekatan yang anda suka.
Siap dan boleh dihidangkan bersama sambal kacang. Lodeh ini pun nampak sihat untuk keluarga kerana penuh dengan sayur-sayuran.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...