(Resipi) Kuih Tradisional Tepung Pelita Asli

Makanan

(Resipi) Kuih Tradisional Tepung Pelita Asli

Kuih tradisional merupakan pilihan wajib untuk berbuka puasa setiap kali tiba bulan Ramadhan. Tidak kira di rumah atau di bufet restoran pastinya terdapat pelbagai jenis kuih tradisional yang dihidangkan.

Antara yang menjadi kegemaran ramai pastinya kuih tepung pelita. Rasanya yang manis dan wangian dari bekas daun pisang memang memikat selera.

Advertisement

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku pada tahun ini, pastinya sukar untuk mendapatkan kuih tepung pelita. Jadi, apa kata anda buat sendiri di rumah kerana sebenarnya proses membuat tepung pelita adalah mudah.

Tepung pelita boleh di sediakan di dalam bekas daun pisang ataupun bekas plastik untuk lebih mudah. Cara membuatnya terbahagi kepada dua lapisan iaiut lapisan hijau dan lapisan santan.

Bahan-bahan lapisan hijau.

  • 1/2 cawan tepung beras.
  • Secubit kapur makanan.
  • 2 cawan air pandan.

Cara-cara membuat lapisan hijau.

  1.  Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air pandan secukupnya.
  2. Campur kesemua bahan lapisan hijau.
  3. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
  4. Susun bekas daun pisang atau plastik dalam periuk pengukus.
  5. Isikan 1 sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran bahan tadi sehingga 1/3 penuh.
  6. Kukus selama 15 minit. 

Bahan-bahan lapisan santan.

  • 1/2 cawan tepung beras.
  • 2 1.2 cawan santan.
  • Secubit garam.

Cara-cara membuat lapisan santan.

  • Satukan semua bahan dan masak di atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap.
  • Tuang ke atas lapisan hijau tadi.
  • Kukus selama 10 minit.

Mudah bukan. Bolehlah lepaskan keinginan untuk menikmati kuih kegemaran ramai ni.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...