(Resipi) Kuih Semperit Meriah Berwarna-Warni Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Makanan

(Resipi) Kuih Semperit Meriah Berwarna-Warni Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Hari ini genap 18 hari kita telah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini bermakna kita dah semakin dekat untuk menyambut hari raya. Walaupun pada tahun ini raya akan disambut dengan kesederhanaan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi kuih raya tetap wajib perlu ada sebagai hidangan untuk keluarga nanti.

Suramlah raya nanti tanpa kuih raya favourite seperti almond london, semperit, cornflakes madu, tart nanas dan sebagainya.      

Kali ini kami berkongsi resepi kuih semperit yang agak unik daripada kebiasaannya. Kuih semperit ini nampak meriah dengan warna-warni dan yang paling penting hanya menggunakan 3 jenis bahan sahaja.

Advertisement

Pastinya nanti dapat membangkitkan selera seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.

Bahan-bahan diperlukan.

  • 100 gram butter.
  • 100ml susu pekat (boleh ditambah lagi jika mahu lebih manis).
  • 250 gram tepung jagung.

Cara-cara membuatnya.

  1. Mula-mula masukkan 100 gram butter mengikut sukatan yang ada pada pembalutnya. 
  2. Masukkan 100ml susu pekat.
  3. Kacau sebati.
  4. Jangan kacau terlalu lama untuk elakkan adunan jadi kembang sewaktu dibakar nanti.
  5. Kemudian masukkan tepung jagung dan uli sebati.
  6. Uli adunan sehingga menjadi doh.
  7. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna mengikut kegemaran. 
  8. Jadikan doh seperti dalam gambar sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
  9. Letakkan cip coklat di tengah-tengah kelopak bunga kuih.
  10. Bakar pada suhu 150°C dalam masa 20 minit.

Siap sudah kuih semperit warna-warni dengan hanya menggunakan 3 jenis bahan. Pastinya tidak sabar untuk dihidangkan kepada keluarga di hari raya nanti.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...