Bila lama duduk di rumah, pastinya ingin mencuba pelbagai jenis menu. Tambahan pula bila keluarga memang ‘kaki’ makan, bersemangatlah ibu di dapur menyediakan pelbagai juadah. Lebih-lebih lagi ketika bulan puasa ini.
Kek merupakan antara hidangan kegemaran seisi keluarga. Bagi anda yang baru pertama kali ingin membuat kek, kami sarankan untuk mencuba kek Milo viral yang menggunakan 3 jenis bahan ini.
Rasa Milo memang tidak boleh disangkal lagi kesedapannya dan anak-anak pasti teruja untuk menikmatinya.
Bahan- bahan membuatnya.
- 2 cawan Milo.
- 4 biji telur.
- 2 sudu makan susu pekat.
Cara membuatnya.
- Gaul semua bahan sehingga sebati.
- Kemudian tuang ke dalam bekas kukusan.
- Kukus selama 1 jam.
- Taburkan cip coklat untuk menambahkan seri kek.
- Siap untuk dihidangkan.
Kek ini paling senang dan cepat untuk disediakan. Pastinya sangat sedap, gebu dan lembut.