Resipi Istimewa Teokbokki Ringkas, Lebih 18 Ribu Perkongsian Di Facebook

Trending

Resipi Istimewa Teokbokki Ringkas, Lebih 18 Ribu Perkongsian Di Facebook

Mungkin ada di antara anda yang teringin menikmati makanan Korea, tetapi untuk ke sana jauh pula, dan risau akan status halalnya.

Advertisement

Lebih dari 17 ribu perkongsian di laman Facebooknya, admin ingin kongsikan resipi tteokbokki dari saudari ini macam mana untuk membuat tteokbokki.

Jom kita tengok sikit caranya, Nampak macam mudah. hehee..

Resepi Power Teokbokki

Alhamdulillah Tteokbokki yang ringkas dah siap permintaan anak Dara 3 orang kat umah ni.

Resepi ni adalah Cara saya kalau tidak mahu share, tidak mengapa

KEK BERAS
1/2 pekat tepung pulut
1 sudu kecil minyak bijan
Garam sikit
Air

UNTUK SOS
Minyak masak dalam 3 sudu makan untuk menumis
1/2 cawan air
5-6 biji cili api + 4 ulas bawang putih di blend
2 sudu makan cili kisar
4 sudu besar sos Thai bawang putih
1 sudu makan cuka

a. 1/2 bungkus tepung beras pulut + garam + minyak bijan + air. Uli jangan lembik ya keras sikit dari wat buah melaka

b. Jadikan doh, uli secara memanjang, dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan, atau ikut citarasa sendiri

c. Panaskan air 1/2 periuk letak minyak masak dlm 1 sudu makan, air mendidih masukkan kek beras dah nampak timbul angkat sejatkan

d. Tumis bahan yang di blend tadi dan bila cili kisar dah nampak garing masukkan air, dan cuka, kacau sebati, masukkan cili sos Thai garam dan gula kacau.

Gula ikut rasa sebab sos dia nak kena manis dan garam ikut rasa masing-masing.

Dah nampak agak pekat masukan kek beras kacau, last masukan minyak bijan (2 sudu kecil) dan biji bijan kacau dah boleh angkat. Saya juga ada campurkan mushroom shiitake sekali.

Siap!. Jom kita masak-masak.

Kredit : Xiyans Muhamad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...