(Resipi) Daging Bakar Danok Bersama Sos Istimewa

Makanan

(Resipi) Daging Bakar Danok Bersama Sos Istimewa

Thailand merupakan antara destinasi ‘syurga’ makanan yang sinonim dengan masakan pedas mereka. Terutamanya sos cicah ala Thai, memang merecik. Antara hidangan kegemaran dari negara jiran ini pastinya Daging Bakar Danok.

Dalam tempoh PKP ini, bagi yang merindui daging bakar Danok bolehlah cuba masak sendiri di rumah mengikut resipi yang dikongsikan ini. Apa yang uniknya pada daging bakar Danok ini adalah, cara perapannya berbeza daripada daging bakar biasa.

Advertisement

Ditambah dengan sos istimewanya, resipi daging bakar Danok ini pasti akan membuka selera seisi keluarga.

Bahan perapan daging:

  • 1 kg daging dipotong besar (ketebalan kira-kira 2 atau 3cm).
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 3 sudu besar gula perang.
  • Sekeping gula melaka.
  • 1 sudu besar lada hitam.
  • Sedikit minyak.
  • 1 sudu besar serbuk cukup rasa.

Bahan untuk sos:

 

  • Akar dan daun ketumbar.
  • 1 sudu besar beras (disangai dan ditumbuk halus).
  • 2 ulas bawang putih.
  • 2 sudu besar sos ikan.
  • 2 biji limau nipis (diperah).
  • 1 sudu besar gula perang.
  • 1/2 keping gula melaka (ditumbuk halus dengan sedikit air).
  • Chili flakes.
  • 1 sudu kecil sos cili.
  • 1 sudu kecil sos tiram.
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis).

Cara masakan:

  1. Campurkan kesemua bahan perapan dan perap bersama potongan daging. Bagi memastikan daging lembut perlu diperap semalaman bersama hirisan kepingan halia.
  2. Bakar daging yang telah diperap selama 20 ke 30 minit bergantung pada ketebalan daging. Panggang bersama api yang perlahan.
  3. Potong daging kepada kepingan yang lebih kecil untuk dihidang.
  4. Kemudian sediakan sos istimewa untuk dicicah bersama daging.
  5. Tumbuk daun ketumbar bersama bawang putih sehingga lumat.
  6. Masukkan sos ikan, gula melaka, gula perang, beras yang disangai, perahan limau nipis.
  7. Kemudian tambah sos cili, sos tiram dan daun ketumbar yang dipotong halus.
  8. Masukkan chili flakes dan hirisan bawang besar.

Resipi ini mudah dan pastinya menambah selera hidangan untuk berbuka puasa. Dimakan pula bersama sepinggan nasi panas dan Tom Yam.

sumber : Facebook Diaz Yushazlina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...