(Resipi) Bubur Lambuk Mudah Untuk Berbuka Puasa

Makanan

(Resipi) Bubur Lambuk Mudah Untuk Berbuka Puasa

Bubur lambuk merupakan makanan sinonim setiap kali menjelang bulan Ramadhan. Ia juga menjadi pilihan untuk disediakan secara gotong-royong sebagai aktiviti tahunan di masjid dan surau ketika bulan puasa ini.

Pastinya pada tahun ini kita mengalami kesukaran untuk menikmati bubur lambuk yang kerap diagihkan sebagai sumbangan atau dijual di bazar Ramadhan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Advertisement

Boleh masak guna periuk nasi sahaja.

Jangan bimbang kerana anda boleh membuatnya sendiri dengan penyediaan yang mudah tetapi cukup menyelerakan.

Bahan-bahan yang diperlukan.

  • Dua cawan beras (dicuci dan direndam selama 15 minit).
  • Daging tetel (dihiris kecil.
  • 1 biji kentang (dipotong dadu).
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu).
  • 5 ulas bawang merah (dikisar).
  • 4 ulas bawang putih (dikisar).
  • 2 inci halia (dikisar.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • 1 paket rempah sup.
  • 1 paket kecil bawang goreng.
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris halus).
  • 1 kotak kecil santan.

Cara-cara membuatnya.

  1. Panaskan dua sudu minyak dan tumis kisaran bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau di dalam periuk nasi.
  2. Campurkan rempah sup ke dalam tumisan.
  3. Kemudian masukkan daging tetel dan balik-balikkan sehingga sederhana masak.
  4. Masukkan beras dan kacau seketika tanpa meletakkan air dahulu (petua ini supaya nasi tidak hancur dan masih sebutir-sebutir bila masak nanti).
  5. Selepas itu masukkan air dalam sukatan untuk memasak bubur.
  6. Campurkan kentang dan lobak merah.
  7. Setelah 3/4 masak, tuang sekotak kecil santan.
  8. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Boleh juga masukkan kiub pati ayam sebagai penambah rasa.
  9. Akhir sekali, letakkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Biar mereneh dalam masa 10 minit.

Mudah sahaja untuk menyediakan bubur lambuk ni. Bolehlah masak lebih dan berkongsi bersama jiran tetangga untuk berbuka nanti. Tapi pastikan kita menjaga penjarakan sosial sewaktu bertukar juadah tu.

Sumber : Facebook Aisha Shukor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...