(Resipi) Biskut Sarang Semut Yang Rapuh Dan Cair Dimulut

Makanan

(Resipi) Biskut Sarang Semut Yang Rapuh Dan Cair Dimulut

Setiap kali tiba musim raya, pastinya ibu sibuk menyediakan pelbagai jenis biskut raya tidak kiralah dengan membeli ‘kuih raya tunjuk’ atau membuatnya sendiri. Walaupun kini terdapat pelbagai jenis biskut raya yang moden namun biskut raya dari resipi lama pasti tetap menjadi piihan utama. Biskut seperti semperit, batang buruk, biskut sampan, biskut suji dan sebagainya.

Biskut sarang semut juga merupakan antara hidangan yang paling digemari kerana rasanya yang manis, rapuh dan cair di mulut. Cara membuatnya juga tidaklah renyah.

Advertisement

Bahan-bahan diperlukan.

  • 250 gram butter
  • 1 cawan gula icing
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Coklat urai (untuk hiasan)
  • Papercup

Cara-cara membuatnya.

  1. Kisar butter dan gula icing sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan kuning telur. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Campurkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  4. Simpan doh tadi dan dibungkus dengan kain bersih di dalam peti ais semalaman.
  5. Keesokannya, parut doh tersebut menggunakan pemarut.
  6. Masukkan doh yang telah diparut tadi ke dalam papercup.
  7. Taburkan coklat urai sebagai hiasan di atas parutan. Boleh juga gunakan coklat urai yang berwarna-warni bagi tambah menarik.
  8. Bakar di dalam oven selama 15 minit atau sehingga masak.

Resipi biskut sarang semut ini mudah dan ringkas disediakan. Bolehlah buat lebih di bulan puasa ini kerana bimbang habis dimakan sebagai kudapan sebelum tibanya hari raya.

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...